TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Wednesday, November 10, 2010

Home » , » Bila blog Adsense tidak memberikan keuntungan?

Bila blog Adsense tidak memberikan keuntungan?

Minggu ini cuaca tak menentu di Kota Kinabalu, kejap panas terik, tiba-tiba hujan mencurah-curah. Ada sesetengah kawasan mengalami keadaan banjir yang terkawal. Begitu juga dengan kawasan Semenanjung Malaysia terutamanya Kedah dan Kelantan yang memang akan mengalami situasi begini setiap penghujung tahun. Aku turut bersimpati kepada mereka yang telah mengalami kerosakan rumah yang teruk. Banjir sememangnya tidak dapat dielakkan kerana ianya kuasa Tuhan, tapi kita boleh mengambil langkah berjaga-jaga. Berhati-hati bila banjir terutamanya kepada adik-adik yang teruja melihat air pasang...baik duduk ja dalam rumah, belajar..SPM dah dekat kan. :)


Kali ini aku nak berkongsi sedikit pengetahuan aku mengenai Adsense ini sebagai perkongsian bersama. Mungkin sudah ramai yang tahu, ramai yang sudah menjana wang daripada Google Adsense ini. Tapi mungkin ramai yang tidak tahu, lebih ramai lagi yang masih terkial-kial nak mencukupkan minimum cashout $100  untuk mendapatkan cek pertama Adsense ini, termasuk aku..hehe.. Aku telah menulis pada entri yang lepas-lepas mengenai cara untuk mendapatkan trafik yang tinggi adalah dengan menggunakan niche yang sentiasa panas dan evergreen di pasaran. Tetapi itu saja tidak mencukupi untuk kita mendapatkan trafik. 

Mungkin juga keyword yang bernilai tinggi kita gunakan dapat membantu kita untuk menarik trafik, tetapi adakah ia dapat memberikan kita klik pada iklan Adsense kita? Itu juga menjadi satu lagi persoalan dalam kepala aku yang dah tak berapa betul ni..hehe.. Bagi aku, jawapannya ialah tidak semestinya tetapi banyaknya trafik menambahkan kebarangkalian yang lebih tinggi untuk membolehkan iklan Adsense dalam blog kita diklik oleh pelawat.


Banyak blog atau satu blog? Masing-masing ada pro dan kontranya. Kalau banyak blog, mungkin kelebihannya adalah earning akan cepat bertambah. Keburukannya pula, terlalu banyak blog menyebabkan  blogger susah nak hidup mengemaskini blog dengan kerap. Kekerapan mengemaskini blog juga sangat penting kerana Google memang sukakan sesuatu yang baru, apatahlagi apabila kandungan blog tersebut adalah original lagi tulen..:) Kalau hanya menggunakan satu blog pula, masa yang banyak dapat diperuntukkan seperti membuat backlink, SEO, naikkan Alexa, naikkan PageRank, promosikan blog tersebut dan juga mampu mengemaskini entri setiap hari. Keburukannya pula ialah, kalau niche tersebut tidak targeted dan keywords memberikan nilai klik yang kurang.

Masa yang paling baik untuk memberikan peluang kepada blog kita untuk mendatangkan pulangan adalah dalam tempoh 6 bulan, kalau rasa blog tersebut tidak mendatangkan keuntungan, biarkan saja domain tersebut expired dan mulakan dengan domain yang lain pula. Memang penat melakukan try and error ini tapi seronok kerana mendapat banyak pengalaman baru. Patutlah kata orang tua-tua, practice makes perfect. 
Ini merupakan earning Adsense aku setakat ini, kalau nak gelak pun gelak la..hehe..3 domain teratas tu memberikan sumbangan earning yang agak banyak, dan 3 domain lagi nak kalahkan earning PTC program pun tak dapat. Kemungkinan ada 3 domain mungkin dibiarkan expired. Tak payah simpan domain tu kalau nak bayar domain setiap tahun pun tak lepas kan. 

Berbalik kepada tajuk entri di atas, apabila blog Adsense tidak memberikan keuntungan, tinggalkan dan bangunkan hidup blog yang baru yang mungkin memberikan keuntungan jangka panjang. Kalau blog tu ok dan boleh bagi earning Adsense bertambah, teruskan. Mungkin dulu waktu mula-mula nak buat blog makan masa 2 minggu nak siap, tapi percayalah proses setup mungkin akan mengambil masa kurang daripada sebelumnya. 

p/s: Perkongsian ini adalah daripada seorang daripada penggiat Adsense yang BUKAN PAKAR, jadi jangan memandang serius dengan apa yang telah dijelaskan. Ini hanyalah melalui pengalaman hidup Bluedianthus Dot Com saja. Harap maklum. :)

p/s: Kalau Nuffnang = Nuffnanger, kalau Adsense???


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails