TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Wednesday, November 3, 2010

Home » , » Bagaimana sembunyikan link affiliate?

Bagaimana sembunyikan link affiliate?

Program Affiliate merupakan satu program menjana wang secara sampingan tanpa memerlukan kita mengeluarkan sebarang produk dan jangan heran sekiranya aku katakan bahawa ramai usahawan Internet yang pakar dapat menjana ribuan ringgit hanya melalui program affiliate sahaja. Tapi di sebalik itu ramai juga yang belum lagi berjaya menghasilkan sebarang jualan sehingga kini. Mengapa ya?


Tidak ada sebab yang tepat untuk itu. Tetapi biasanya pembeli suka untuk membeli terus daripada laman web tanpa pautan affiliate orang yang mempromosikan produk ataupun servis tersebut. Jadi peratus kemungkinan link affiliate kita dipadam teramatlah tinggi. Ini merupakan satu situasi normal untuk seorang pembeli yang tidak ingin memberikan komisyen kepada kita yang dipanggil sebagai affiliater. Terdapat banyak cara lagi untuk memikat pembeli membeli melalui link affiliate kita iaitu seperti memberikan bonus istimewa, rebet dan sebagainya. Tetapi terdapat satu lagi cara mudah untuk mendapatkan komisyen tanpa perlu menawarkan apa-apa tawaran istimewa kepada pembeli iaitu dengan memanipulasi penggunaan nama domain untuk menyembunyikan link affiliate kita.

Cloaking dalam program affiliate bermaksud menyembunyikan link affiliate kita supaya risiko kehilangan komisyen akan berkurangan. Kelmarin aku telah bertanyakan kepada mijie, pemilik blog http://www.muhammadtarmizi.com/ bagaimana untuk menyembunyikan link affiliate menggunakan domain berbayar. Terima kasih kerana telah memberi tunjuk ajar, maklumat yang beliau berikan memang sangat berguna, kerana aku telah berjaya melakukannya. Terima kasih mijie. :) Selain itu, mijie juga telah menerbitkan dalam entri terbarunya tentang cara nak buat cloaking link affiliate pada domain self-hosted. Boleh jenguk-jenguk ke sana ya.

Di sini pula, aku akan berkongsi mengenai cara untuk cloaking menggunakan domain percuma iaitu co.cc. Di sini aku akan mengambil contoh link affiliate aku untuk DuitTwitter.Com iaitu
http://www.duittwitter.com/index.php?ref=bluedianthus.
Link affiliate yang belum disembunyikan

1: Login ke co.cc
2: Cari nama domain yang sebaik-baiknya hampir sama dengan nama domain yang kita promosikan. DuitTwitter.Com adalah website yang aku promosikan, aku telah cuba untuk DuitTwitter.Co.Cc tetapi domain tersebut telahpun disambar orang. Jadi aku telah memilih DuitDariTwitter.Co.Cc
3. Selepas itu klik pada "Setup" domain tersebut
4. Pada bahagian setup, pilih pada bahagian nombor 3 iaitu "URL Forwarding". Pada bahagian inilah yang penting kerana proses cloaking akan dilakukan. Besarkan gambarajah di bawah untuk paparan lebih besar. Bahagian Redirect To (URL) adalah bahagian terutama iaitu kita perlu memasukkan link affiliate kita di sini. Kemudian pada bahagian Frame, pilih option  URL Hiding (Hide real address, Display Co.Cc address). Bahagian lain boleh isikan yang perlu, kemudian klik "Setup" dan proses cloaking dah siap.
Masa untuk URL forwarding ini dipiawaikan untuk aktif dalam masa 48 jam, tetapi biasanya ianya lebih cepat.

5. Inilah hasil cloaking affiliate menggunakan domain percuma Co.Cc tadi. Apabila pelawat klik pada DuitDariTwitter.Co.Cc itu, sebenarnya ianya telah di"redirect"kan ke link affiliate 
http://www.duittwitter.com/index.php?ref=bluedianthus tadi. Jadi komisyen korang terselamat sekiranya ada yang berminat membeli produk yang dipromosikan. Opps...link affiliate aku sudah tidak selamat lagi..hehe.. Tak mengapalah..yang penting dapat pahala sebarkan ilmu kan. :)
Cara ini lebih mudah daripada ditunjukkan oleh mijie kan, tapi ini hanya merupakan satu pilihan untuk korang menyembunyikan link affiliate, pilihlah yang mana berkenan di hati. Pilihan sudah tersedia, pilihlah yang mana satu..hehe.. 


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails