TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Sunday, November 21, 2010

Home » » 4 hari 3 malam yang bermakna

4 hari 3 malam yang bermakna

Hujung minggu begini lebih afdal sekiranya bergembira bersama keluarga tersayang. Gambar di atas merupakan gambar kedua ibubapa kesayangan aku yang biasa aku panggil Mum dan Dad. Percutian mereka di Kuching, Sarawak selama 4 hari 3 malam sedikit sebanyak mengurangkan keletihan bekerja. Hubungan pun makin mesra. Lebih daripada 25 tahun hidup bersama sampai semua anak dah besar panjang, cukup memberikan sebuah ikatan perkahwinan yang bermakna dalam kehidupan mereka. Opps..budak tengah tu bukan anak angkat di Kuching tu tapi anak kepada anak buah yang tinggal di Kuching nun. Terima kasih aku ucapkan kepada kakak sepupu aku dan suaminya, kerana sudi meluangkan masa membawa Dad dan Mum makan angin di Bumi Kenyalang. Lain kali kami adik-beradik pula yang datang bertandang di sana ya kak..hehe..:)

p/s: Ingat tak kali terakhir korang meluangkan masa berkualiti bersama keluarga? Berkelah bersama, buat BBQ keluarga, mengemas rumah bersama, memberikan senyuman manis dan ikhlas kepada ibubapa kita? Masihkah kau ingat...ingatkah? :)

Artikel Sebelumnya: Hujung minggu dan shopping

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails