TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Sunday, October 10, 2010

Home » » Triple Ten Dot Com

Triple Ten Dot Com

Persandingan Kayangan angkasawan negara Dato’ Sheikh Muszzaphar Shukor Al-Masri dan juga Datin Dr. Halina Mohd Yunos telah pun berjalan dengan lancar disiarkan secara langsung di TV3 sebentar tadi. Aku doakan semoga kebahagiaan yang dibina akan kekal selamanya. Perkahwinan intelektual ini memang nampak profesional dan santai aku nampak. Siap boleh sembang-sembang lagi masa perarakan masuk...hehe Aku suka tengok perkahwinan macam ni. Makeup Dr. Halina pun nipis dan manis je, tak la berat sangat. 


Masa tengok persandingan kayangan itu tadi, sempat lagi aku melihat di Godaddy.Com, samada domain Triple Ten (101010) Dot Com telah dibeli atau belum. Ternyata betul, domain itu telahpun disambar orang.
Domain Triple Ten Dot Com telah dikebas orang..

Orang itu adalah orang Amerika

Tak dapat tengok laman ni.

Domain memainkan peranan penting dan juga sebagai identiti bagi blogger yang memiliki domain tersebut. Mungkin ada di antara korang yang ingin mengabadikan kenangan tentang tarikh istimewa ini dalam hidup korang. Maklumlah, ramai yang menjadi raja sehari hari ini. Tak menjadi masalah kalau nak beli domain Triple Ten Dot Com Dot My, sebab domain ini masih available lagi masa aku periksa tadi. :)

p/s: Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam kemalangan jalanraya pedas linggi ke Selatan yang melibatkan 2 bas dan 3 kenderaan lain. Malang tak berbau, tidak tahu bila ajal datang menjemput. Triple Ten pun ada kejadian yang tidak manis untuk dikenang. Renungkan...

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails