TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Sunday, October 10, 2010

Home » » Teknologi, Komunikasi dan Bulan Bahasa Kebangsaan

Teknologi, Komunikasi dan Bulan Bahasa Kebangsaan

Teknologi yang semakin pesat berkembang membuatkan perhubungan dan komunikasi juga mengalami perubahan. Dengan adanya teknologi, sistem telegram dan surat dianggap sudah ketinggalan zaman. Orang pun dah malas nak ke pejabat pos, beratur panjang nak beli setem, lepas tu tunggu beberapa minggu baru surat tu sampai kepada orang yang ditujukan. Itu belum diambil kira kalau surat tu misssing in action. 

Kesan penggunaan SMS (short message system) sangat ketara di seluruh dunia pada hari ini, bukan Malaysia saja tau. Bukan sahaja telefon mudah alih, tetapi kini kian menjalar dalam blog. Ya, mungkin itu blog peribadi dan hak blogger masing-masing tetapi sekiranya ingin menambah lebih nilai kepada blog sendiri, maka wajarlah kita menjaga gaya bahasa kita. Tambahan pula bulan Oktober ini adalah Bulan Bahasa Kebangsaan kita, jadi mungkin boleh gunakan bahasa yang lebih mudah dibaca oleh pembaca korang. Mungkin ianya bakal menambah subscribers, siapa tahu kan? :)
2 perkataan Nokia yang mencetuskan transformasi komunikasi manusia.


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails