TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Wednesday, October 13, 2010

Home » » Suka baca komik? Komik ini lagi istimewa..

Suka baca komik? Komik ini lagi istimewa..


Salam sejahtera aku ucapkan sekali lagi kepada semua pembaca di blog ini. Semoga sihat-sihat hendaknya. Sebelum itu aku ucapkan takziah kepada keluarga mangsa bunuh, seorang jururawat yang baru-baru ini telah diperkosa dan dibunuh dengan kejam.

Baiklah, Ilustrasi di sebelah ini adalah cover bagi majalah online berkaitan perniagaan Internet, KomikNiaga bagi edisi ke 2. Sesiapa yang belum membaca edisi pertama, bolehlah download Komik Niaga Edisi 1 tersebut. Aku yakin korang akan mendapat banyak manfaat daripada pembacaan korang.

Edisi ke 2 ini lebih adalah bertemakan produk digital. Kenal tak siapa Jamaluddin Bahari? Baru-baru ini produk beliau iaitu Pakar Ebook telah terjual sebanyak 120 unit. Tahniah aku ucapkan di atas kejayaan beliau. Semoga beliau terus maju pada masa hadapan.

Pengisian majalah komik perniagaan Internet yang menjadi rujukan santai, selamba dan sempoi ini memang sarat dengan informasi ini memang aku sangat galakkan kepada korang dan sesiapa sahaja terutamanya kepada mereka yang berminat dalam bidang keusahawanan Internet. Selain daripada MajalahIM, KomikNiaga ini juga adalah rujukan yang penting untuk dibaca. Walaupun fokus kali ini berkait rapat dengan produk digital, namun masih ada beberapa panduan yang mungkin boleh memberikan kita sedikit idea. Contohnya, topik 7 Langkah Untuk Menabung. 

Berbalik semula kepada slot biografi Otai dan pakar dalam bidang perniagaan produk digital ini, aku telah berpeluang untuk menjemput Tuan Jamal untuk menjawab soalan temuramah secara bertulis. Memang mudah berurusan dengan beliau, suka merendah diri dan sentiasa banyak idea untuk dikembangkan. Kalau nak tahu lebih lanjut bolehlah download preview percuma Edisi 2 Komik Niaga ini terlebih dahulu. Semoga ianya memberikan manfaat kepada semua. Mudah-mudahan :)

---------------------------------
          INFORMASI
---------------------------------
Penulis blog Bluedianthus Dot Com ini juga merupakan salah seorang krew KomikNiaga Dot Com. Informasi mengenai nama sebenar Bluedianthus boleh dibaca pada bahagian Redaksi. (p/s: rasa janggal bila seorang aku seorang je perempuan kat situ.)

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails