TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Monday, October 4, 2010

Home » » Sahabat Bluedianthus yang setia

Sahabat Bluedianthus yang setia

Membaca. Hobi yang takkan pernah berhenti selagi Bluedianthus masih ada daya penglihatan. Buku-buku yang ada ni juga merupakan sahabat setia aku sejak sekian lama. Dah boleh buka mini library dah. Yahoo..hehe.. Syukur kerana dikurniakan mata yang dapat melihat. Hargai mata kita..tak kiralah sepet, besar, rabun, tak rabun  yang penting bersyukur dengan mata yang ada. Aku baru sahaja balik daripada melihat persembahan tarian yang dipersembahkan oleh pelajar-pelajar Universiti Malaysia Sabah. Adik aku pun turut serta dalam persembahan tersebut. Aku ada mengambil video kumpulan adik aku menari, tarian Super Junior tu! Ada masa aku akan upload. Dah hari Isnin di bulan Oktober, cepatnya masa berlalu...aduhai...

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails