TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Thursday, October 21, 2010

Home » » Rintangan sebagai pendorong

Rintangan sebagai pendorong

Salam bertemu kembali di dalam blog yang tidak seberapa ini. Hari ini sudah hari Khamis. Cepat sungguh masa berlalu kan. Bandaraya Melaka pun telah diisytiharkan sebagai Melaka Maju, tahniah aku ucapkan. Semoga semua kita masih dalam keadaan yang baik sehingga hari ini. Hari ini kita jangan bercerita tentang buat duit dengan blog, nanti tension pula..hehe. Hari ini kita bercerita mengenai motivasi...boleh? :)


Siapa yang tidak menghadapi rintangan di dalam hidup, sila angkat tangan? Aku, tak nampak pula..hehe.. (Serius balik..) Kita akan menghadapi pelbagai rintangan dan halangan dalam usaha mencapai puncak cita-cita. Tetapi itulah yang dinamakan hidup. Kalau keadaan sentiasa membantu, memang seronok hidup sebagai seorang manusia kan. Tapi hidup manusia di dunia tidak seperti itu...

Mungkin sesetengah orang, mungkin korang, aku, adik aku, rintangan yang terpaksa dihadapi mungkin lebih hebat jika dibandingkan dengan orang lain. Tetapi, jika kita menganggap bahawa rintangan dan cabaran yang kita hadapi itu sesuatu yang negatif, maka rintangan itu hanya akan menggoyahkan kita dan seterusnya merosakkan segala perancangan yang telah kita susun dengan teliti.

"Kenapa la nasib aku macam ni.."
"Kenapa aku yang mesti menerima rintangan dan dugaan ini?"
"Kenapa nasib aku tidak bertuah seperti orang lain"

Soalan-soalan negatif seperti ini sebenarnya sangat menggangu-gugat motivasi dalam diri kita. Sebenarnya, rintangan dan cabaran hidup itu perlu wujud dalam diri setiap manusia, untuk menghasilkan kejayaan. Dengan adanya rintangan kita akan berfikir dan berikhtiar untuk mencari jalan. Jangan terkejut kalau tiba-tiba timbul idea yang sangat kreatif dalam otak kepala kita. :) Otak kita akan menjadi lebih aktif. Paling penting lagi, kita juga akan lebih mengerti dan faham bahawa untuk mencapai puncak kejayaan, kita memerlukan perjuangan yang tidak berbelah bahagi.

Kekuatan dalam diri kita akan lebih terserlah dengan adanya rintangan hidup. Rintangan adalah suatu hakikat, dan dapat memacu kita ke mercu jaya. Aku rasa, tidak ada masa lagi untuk bertanya kenapa begini, kenapa begitu. Tetapi tanyalah bagaimana untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik. Semoga aku dan korang dapat menghadapi setiap rintangan yang datang dengan minda yang terbuka sambil memandang ke depan, dan anggaplah rintangan yang singgah ke dalam hidup kita sebagai satu lagi proses pendewasaan diri. Kita pasti akan dapat melalui rintangan itu dengan tenang dan akan menjadi insan yang lebih cemerlang. Mudah-mudahan. :)

p/s: Rintangan untuk dihadapi, bukan untuk ditangisi...

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails