TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Thursday, October 28, 2010

Home » , » Pakej Video Wordpress 101 dan bonus Bluedianthus

Pakej Video Wordpress 101 dan bonus Bluedianthus


Semua pembaca blog ini sudah pasti akan perasan dengan kehadiran banner hijau ini di dalam blog aku. Aku berbesar hati kerana menerima pelawaan daripada pemilik produk ini iaitu saudara Fairos Abdullah untuk memberikan review terhadap produk terbarunya setelah memberikan review produk terdahulunya iaitu Rahsia Terbongkar Duit Dari Facebook dengan Kuasa Aplikasi. Kini aku memberikan semula review untuk produk terbarunya dan kali ini beserta dengan bonusnya sekali apabila korang membelinya melalui link affiliate aku. Tawaran istimewa ini boleh didapati di akhir pembacaan entri ini.

Blog merupakan medium meyampaikan dan melahirkan idea yang paling berpengaruh pada masa kini. Blog bukan saja digunakan sebagai tempat meluahkan apa yang terbuku di hati tetapi juga sebagai medium untuk meningkatkan kredibiliti di mata blogger yang lain. Usahawan jutawan, Dr, Irfan Khairi juga memilih penggunaan blog sebagai satu cara untuk mendekati prospek dan juga beramah mesra dengan pengujung blognya. Pendekatan menggunakan blog lebih mudah diterima oleh bakal pembeli daripada laman web jualan itu sendiri. Blog juga telah menjadi keperluan untuk sesiapa sahaja tanpa mengira status dan perkerjaan. 

7 keperluan blog yang utama:
1. Membina kredibiliti
2. Memasarkan perniagaan
3. Berinteraksi terus dengan prospek iaitu bakal pembeli
4.  Membina kepercayaan dan keyakinan prospek
5. Menjana pendapatan pasif melalui PPC
6. Menjana pendapatan pasif melalui program affiliate
 7. Menambah rangkaian serta usahasama perniagaan
2 platform untuk membina sendiri blog yang popular adalah Blogspot dan juga Wordpress. Aku telah menggunakan kedua-dua platform ini dan tahu bahawa blog yang menggunakan platform Wordpress lebih banyak kelebihan. Selain mesra pengguna, blog Wordpress juga mesra enjin carian (SEO). Kita hanya perlu instal plugin dan meletakkan kata kunci (keywords) yang bakal menaikkan trafik yang mencanak-canak ke blog kita. Salah satu blog Wordpress aku berkaitan dengan niche kecantikan mempunyai lebih daripada 100 pelawat unik sehari secara konsisten walaupun hampir sebulan tidak dikemaskini. Ini membolehkan aku mendapatkan pendapatan pasif melalui Adsense walaupun harga klik masih berada dalam lingkungan $0.50 ~ $1.50 sehari. Berita gembirnya, aku sudah pun mendapat nombor PIN Google Adsense aku. Tapi itu sudah cukup untuk aku mendapat pendapatan pasif tanpa perlu bertungkus lumus melakukan blogwalking. (Seperti blog Bluedianthus Dot Com ini..hehe..nak cecah trafik 1000UV sehari, baru senang dapat advertorial dari Nuffnang kan..hehe..)

Selain daripada itu terdapat lagi cara untuk buat duit melalui blog iaitu dengan melakukan post berbayar di blog kita. Tetapi blog bahasa Inggeris dan mempunyai niche yang spesifik adalah diambil kira. Dan ini juga merupakan salah satu punca pendapatan sampingan aku melalui blog untuk menampung kos domain dan hosting. Sesiapa yang mempunyai niche blog berbahasa Inggeris, aku sarankan untuk mencuba BuyBlogReview kerana bayaran ke dalam akaun Paypal akan dilakukan setiap 2 minggu iaitu pada 1 dan 15 haribulan setiap bulan. Jadi tak payah nak tunggu sampai minimum payout.

Pakej Lengkap Video Wordpress 101 ini merupakan panduan yang sangat lengkap kerana mengandungi transkrip Bahasa Melayu. Mungkin ada di antara korang yang lebih suka membaca daripada melihat video untuk memasang blog Wordpress ini, produk ini memang untuk korang. 23 video yang diberikan dan juga 23 3book beserta bonus yang diberikan sebenarnya bernilai tinggi. Kalau aku, aku letak double price, hehe.. Video terakhir aku paling suka kerana aku tidak pernah tahu akan kewujudan mengenai neat tricks yang diterangakn dalam video tersebut.

Aku rasa laman web jualan Pakej Wordpress 101 tersebut sudah cukup lengkap. Buat blog lepas ni tak adalah sesusah mana lagi kan. Oh ya, hampir terlupa aku mengenai bonus yang aku tawarkan. Korang ada 2 pilihan untuk membeli Pakje Wordpress 101 ini melalui link aku kerana aku menyediakan 2 pilihan bonus:

Pilihan A
Beli Pakej Wordpress 101 + Percuma Buat Duit Dengan Blog yang aku lancarkan penjualannya secara tertutup di blog ini. Berita gembiranya ialah, Bonus Bonanza juga akan diberikan secara PERCUMA. Tak payah tambah RM5. :)
==============================================
Pilihan B 
Boleh lihat TAWARAN WAJIB BELI DI SINI (Yang ni tak ada ebook Buat Duit Dengan Blog, hanya dijual dalam blog Bluedianthus Dot Com sahaja. Harap maklum). Kepada yang dah beli Ebook Buat Duit Dengan Blog tu bolehlah menghantar email kepada aku untuk mendapatkan tawaran bonus lain daripada aku. 
 Pilih salah satu bonus dan pastikan semasa melakukan pembelian link seperti ini:  http://www.pakejwordpress.com/index.php?ref=bluedianthus tertera di bahagian search browser korang. Kalau tidak, terlepas pula bonus daripada aku. 

Artikel Sebelumnya: Hadiah bermakna daripada Rakan Facebook

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails