TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Monday, October 18, 2010

Home » , » Nuffnang dan kaitannya dengan CTR

Nuffnang dan kaitannya dengan CTR

Salam sejahtera aku ucapkan kepada pembaca blog ini. Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat walafiatlah hendaknya. Hari Isnin, hari baru untuk bermula. Semoga tubuh badan kita, jiwa rohani kita dan juga minda kita berada dalam keadaan yang seimbang dan teratur. Minggu kedua terakhir dalam bulan Oktober bermula, dan aku seperti biasa melihat prestasi blog Bluedianthus dari kaca mata Nuffnang.. :)


Sebelum itu, aku tumpang gembira dengan mereka yang telah menjayakan perjumpaan Nuffnang Gliteratti Plus bertempat di Taylor University. Semoga adanya aktiviti seumpama ini dapat mengeratkan lagi semangat kekitaan di antara sesama blogger. Kalau di Sabah ni memang kurang aktiviti anjuran Nuffnang yang boleh diikuti, jadi korang kat Semenanjung nun mestilah menghargai peluang yang ada tu ya. :)

Baiklah, blog ini telah mendapat iklan buffered earning yang ke-30. Iklan ini berkaitan dengan mengurangkan penggunaan tenaga. Aku suka iklan ini sebab ianya mendidik masyarakat untuk menjimatkan penggunaan sumber tenaga yang semakin sukar diperolehi. Nampak tak badge baru di sebelah sidebar blog ini? Aku memilih untuk mengurangkan penggunaan kertas. Jadi, pokok pun tak banyak la yang ditebang untuk menghasilkan kertas kan. :) Selain daripada itu juga, aku melihat terdapat 3 iklan penuh yang berada di dalam blog ini, mungkin iklan IBM Lotus Live pun nak jadi Buffered Earning kot..silakan..hehe.. Nampak cantik bila blog penuh dengan iklan daripada Nuffnang ni. Memang betul, iklan Nuffnang mencantikkan blog. :)
Buffered earning ke-30: Digi Minus LR

Berbalik kepada tajuk entri di atas, ianya ada kaitan dengan prestasi Buffered Earning di blog ini. Untuk kempen ke-30 ini, CTR bonus tidak ada mungkin disebabkan ramai yang tidak sedar kehadiran iklan Digi yang baru ini. Mungkin juga disebabkan warna latarbelakang yang sama dengan blog ini.. Apapun, aku  rasa iklan ini ringkas tapi mesej sampai kepada pembaca. CTR adalah singkatan kepada Click Through Rate. CTR dalam Nuffnang ini dikira apabila orang yang melawat blog kita dan klik pada iklan Nuffnang yang dipaparkan. Contohnya, sekiranya blog kita mempunyai 200 pelawat unik sehari dan 100 orang klik pada iklan Nuffnang kita, maka CTR bagi iklan tersebut ialah sebanyak 50%. Harap korang faham dengan penjelasan aku yang tak seberapa ini. 

CTR ini jarang diambil kisah oleh kebanyakan blogger (terutamanya Nuffnangers) di Malaysia. Tetapi sekiranya korang seorang penggiat Adsense yang tegar, CTR sangat penting kerana ia memberikan gambaran samada entri yang ditulis dalam blog atau laman web itu baik ataupun tidak dari segi penyampaian dan gaya bahasa. Sekiranya entri yang ditulis itu baik, maka orang pun akan berminat untuk mengetahui tentang maklumat yang kita berikan, dan seterusnya akan klik pada link affiliate ataupun URL yang kita berikan. Masyarakat seperti negara Eropah dan Amerika menggunakan teknologi Internet sebagai sumber mencari maklumat paling utama dan sudah tentunya mereka inginkan maklumat yang berkualiti. Jadi, penulisan yang baik memainkan peranan yang penting dan lebih baik lagi sekiranya pandai bermain dengan SEO (Search Engine Optimization).

0.2% had yang ditetapkan oleh Nuffang ini untuk menerima bonus earning sudah cukup rendah. Sekiranya kita mempunyai blog ataupun laman web yang mempunyai iklan Google Adsense, sekurang-kurangnya julat CTR yang perlu dicapai ialah di antara 10% hingga 15%. CTR paling tinggi di blog ini ialah sebanyak 6.72%. Jadi, masih banyak ruang yang boleh diperbaiki. Semoga kita semua sebagai blogger dapat memberikan yang terbaik untuk blog kita masing-masing. :)

p/s: Minus Wastage = Minus Energy..inilah tema blog Nuffnang yang baru. Terima kasih Nuffnang sebab bagi Buffered Earning ini sebelum tukar tema blog tu.. :)

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails