TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Monday, October 11, 2010

Home » , » Mengapa Bluedianthus masih setia bersama Nuffnang?

Mengapa Bluedianthus masih setia bersama Nuffnang?

Isnin datang lagi, bersyukur kita kerana masih lagi bernafas dan hidup di dunia yang fana ini. Aku harapkan agar korang di sana sentiasa sihat dan  walafiatlah hendaknya. Seperti biasa, pada waktu tengah hari ini aku menjenguk akaun Nuffnang aku  dan akan menulis perkembangan terbaru  prestasi iklan di blog ini.

Earning juga sudah bertambah walaupun sedikit. Bersyukur dengan rezeki yang diberikan. Selain daripada itu, blog ini juga telah menerima buffered earning yang ke-29 iaitu Nokia Youth Touch X3 pada bahagian Leaderboard (LB). Sudah lama tak dapat iklan pada bahagian Leaderboard ini, paling banyak adalah pada bahagian Large Rectangle (LR).
Buffered Campaign ke-29 Nokia Youth Touch X3. 

Menjawab kepada tajuk entri ini, aku memilih untuk setia bersama Nuffnang kerana Nuffnang menyediakan Charity Ads. Walaupun apabila ada pelawat yang klik pada iklan tersebut, kita tidak akan mendapat apa-apa keuntungan. Tetapi kita akan mendapat pahala apabila menyebarkan maklumat tersebut. Iklan itu memang tidak akan terpapar di sini sebab aku memilih Global CPC ads, tetapi pada blog bahasa Inggeris aku, aku pilih Charity Ads, dapat juga pahala sikit-sikit daripada aktiviti blogging kan. Untuk pengetahuan, Nuffnang akan memberikan kempen kesedaran melalui blog sehingga 30 November ini, dan kita sebagai blogger kenalah tunjukkan semangat dan sokongan kita. Jangan hanya fikir nak dapatkan duit je. Pahala ini orang lain tak dapat rebut daripada kita. Jom sama-sama beramal melalui blog ya. :)
Iklan Amal Kebajikan itu ialah mengenai penderaan kanak-kanak

Selain daripada itu, sekiranya korang perasan, terdapat slide-up banner pada bahagian bawah blog ini. Slide banner ini adalah berbayar dan berstatus "sticky" sehingga ahad ini. Dan sekiranya ada yang berasa terganggu dengan kehadirannya boleh tekan "X" pada bucu kanan atas slide-up banner tersebut. Harap maklum.
Slide-up banner di blog Bluedianthus

Sekian sajalah laporan prestasi Nuffnang blog Bluedianthus Dot Com kali ini. Mudah-mudahan aku sentiasa dapat mengemaskini entri yang bermaklumat pada semua di masa hadapan. Amin.. 

p/s: Selamat Ulangtahun Kelahiran untuk sahabat aku yang berada di Semenanjung nun..semoga sihat sentiasa di samping keluarga.. :)

Artikel Sebelumnya: Triple Ten Dot Com

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails