TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Monday, October 25, 2010

Home » , , » Kemaskini terakhir Nuffnang Oktober 2010

Kemaskini terakhir Nuffnang Oktober 2010

Salam sejahtera dan salam hari Isnin kepada semua pembaca blog ini. Semoga sentiasa sihat dan ceria hari ini. Kepada yang bekerja selamat bekerja aku ucapkan, kepada yang makan tengahari tu, jangan makan banyak sangat nanti ngantuk pula lepas masuk kerja balik. Kepada yang bekerja sendiri, aku ucapkan selamat membuat kerja dengan selesa. Seperti biasa, aku mengemaskini akaun Nuffnang pada hari ini dan juga menilai prestasi blog di akhir bulan Oktober ini. :)


Blog ini telah mendapat 2 lagi buffered earning iaitu BE yang ke-31 dan ke-32. Terima kasih aku ucapkan kepada Nuffnang kerana masih lagi memberi dan terus memberi, semoga makin murah rezeki dan kami sekalian blogger pun mendapat manfaat daripadanya. Mudah-mudahan. Walau bagaimanapun, terdapat kehilangan CTR bonus untuk BE ke-30 kerana CTR kurang daripada 0.2% seperti syarat minimum yang diletakkan oleh pihak Nuffnang. Sesiapa yang masih belum faham mengenai fungsi CTR ini bolehlah membaca entri "Nuffnang dan kaitannya dengan CTR" yang aku terbitkan minggu lepas.
BE yang bermakna
BE ke-31 ialah IBM Lotus Live pada bahagian Skyscraper (SS) dam BE ke-32 pula ialah iklan Peugeot 207 pada bahagian Large Rectangle (LR). Tapi pada masa aku menulis entri ini iklan ini belum muncul, mungkin mengambil tempoh bertenang. Mungkin juga menanti untuk menjadi metered earning. Kalau sesiapa yang lambat tidur dan kaki blogwalking semalam pasti akan perasan banyak iklan baru telah muncul kan. Sesiapa yang melakukan fraud click awas, sebab sistem Nuffnang yang baru melakukan proses migrasi dapat mengesan aktiviti ini. Lagipun, kita tidak tahu bagaimana sistem Nuffnang ini berfungsi. Jadi, berblogging dengan beretika. Oh ya, chatbox yang ada kat sini jangan salahguna ya..faham kan maksud aku. :)

Oh ya, ada juga yang menghantarkan email kepada aku meminta pendapat aku mengenai Auto Blogwalking. Baru-baru ini fenomena menggunakan perisian untuk blogwalking memang menjadi trend di kalangan blogger. Pelbagai tanggapan yang baik dan juga rasa kurang senang diperkatakan antara sesama blogger. Memang proses autoblogwalking ini mampu mencapai trafik yang tinggi..aku tidak nafikan. 

Ada juga blogger yang kurang senang dengan perkara ini hinggakan ada yang letak banner "Anti One-Way Traffic" di blog mereka. Pendapat aku, tidak salah menggunakannya. Tapi tidak juga aku menggalakkan penggunaan perisian autoblogwalking ini. Terpulanglah pada blogger itu sendiri, blog dia kan..lebih-lebih lagi blog peribadi, kita mana boleh kacau kan. Kita cuma boleh memberi pendapat sahaja. 

p/s: Jika ada yang terasa dengan pendapat ini, aku mohon maaf. Pendapat ini hanyalah secara umum dan tidak berkaitan dengan mana-mana blogger. :)

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails