TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Thursday, October 14, 2010

Home » » Kejayaan yang samar

Kejayaan yang samar

Seorang bijak pandai pernah berkata :
"I can teach anybody how to get what they want out of life. The problem is I can't find anybody who can tell me what they want." - Mark Twain

Masalah keinginan untuk berjaya yang masih samar-samar dan tidak jelas merupakan sesuatu yang sinonim dengan kita pada hari ini. Ramai orang hanya menetapkan matlamat secara umum dan tidak spesifik. Mind-set pada dasarnya memang menjadi satu kekuatan dalam diri setiap individu. Tetapi menggunakan minda sahaja tidak cukup untuk menguatkan kita untuk berusaha dan mengerah tenaga ke arah kejayaan yang kita inginkan.

Heart-set seharusnya elemen yang boleh mengawal Mind-set kita ini. Kata orang, hati yang bersih dapat memancarkan cahaya dari dalam tubuh badan kita. Mind-set merupakan sikap yang terbentuk melalui pengalaman, pembelajaran dan juga sesuatu yang kita pelajari secara tradisi iaitu belajar daripada pembelajaran orang lain. Penggunaan mind-set tidak berfungsi dengan sepenuhnya sekiranya kita tidak menggunakan "keghairahan" (passion) dan kuasa emosi.

Core Desire (teras keinginan) mampu mencipta keinginan yang timbul daripada hati kita. Keinginan inilah yang akan memberikan kita kekuatan motivasi dalaman. Ianya akan memberikan keinginan yang sangat kuat untuk kita mencapai sesuatu yang kita idamkan. Heart-set ini lebih kepada apa yang hati kita inginkan , apa yang hati kita ingin lihat, apa yang ingin dikecapi dan apa yang ingin hati kita alami. Heart-set ini sebenarnya merupakan panduan yang lebih terperinci berbanding dengan Mind-set kita. Kata orang putih, follow your heart. 

Pepatah kita biasa mengatakan, "Ikut hati mati, ikut rasa binasa." Tetapi dalam mencapai kejayaan pada masa sekarang ini, pepatah ini tidak relevan lagi untuk digunapakai. Masyarakat pada zaman dahulu menggunakan pepatah ini mungkin diumpamakan seperti membuat keputusan yang membuta-tuli tanpa usul periksa terlebih dahulu. Aku yakin masyarakat hari ini lebih bijak dan pandai menaakul baik dan buruknya sesuatu perkara. Semoga kejayaan samar yang kita miliki selama ini perlahan-lahan akan semakin jelas terserlah. Mudah-mudahan.

p/s: Yang terbaik datang dari Yang Esa...kita manusia hanya mampu berusaha memberikan yang sehabis baik sepanjang hayat hidup kita.

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails