TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Friday, October 15, 2010

Home » , » Job 1 Malaysia, carian kerja kini lebih mudah!

Job 1 Malaysia, carian kerja kini lebih mudah!


Universiti tempatan dan juga swasta pada masa kini sedang sibuk dengan majlis konvokesyen. Universiti Malaysia Sabah juga baru-baru ini telah pun selesai mengadakan majlis konvokesyen yang ke-12. Tahniah dan syabas aku ucapkan. Tapi buat mereka yang baru selesai menerima segulung ijazah, usaha tidak terhenti setakat itu sahaja. Perjuangan yang lebih besar adalah mencari peluang pekerjaan sebagai satu usaha untuk keluar berdikari tanpa bergantung harap kepada ibubapa. Di sinilah merupakan saat yang paling sukar bagi mereka yang baru mula mengorak langkah dalam kerjaya.


Job 1 Malaysia, merupakan satu lagi lowongan tempat mencari peluang pekerjaan untuk warganegara Malayia. Bidang pengkhususan dalam bidang pekerjaan yang pelbagai dan juga lokasi tempat kerja memudahkan pencari kerja untuk memohon pekerjaan yang memenuhi syarat dan kelayakan yang diperlukan oleh bakal majikan. Bagi mereka yang masih tercari-cari peluang dan juga iklan kerja, bolehlah mencari pekerjaan yang mungkin memenuhi kelayakan dan juga kriteria-kriteria yang diperlukan.

Screenshot di sebelah merupakan salah satu peluang pekerjaan sebagai perekabentuk/arkitek lanskap yang bertempat di Sarawak. Dari sudut pandangan aku, segala butiran yang diberikan oleh bakal majikan sangat lengkap dan mudah difahami oleh pencari kerja. (p/s: iklan ini masih baru lagi, sila lihat pada tarikh iklan kerja itu diterbitkan, 14 Oktober 2010).

Selain daripada mencari kerja, kemudahan untuk mengiklankan sendiri peluang kerjaya disediakan oleh webmaster laman web ini. Apa yang perlu dilakukan hanya menghantar email kepada Job 1 Malaysia, setelah iklan kerja itu diteliti, pihak admin akan menerbitkan iklan kerja itu secara percuma sahaja. Jadi ini juga merupakan cara pihak majikan untuk mencari pekerja menggunakan promosi secara beriklan di laman web pekerjaan tanpa melibatkan sebarang kos.

Dari segi rekabentuk, laman web ini ringkas dan tidak berselerak seperti kebanyakan tempat mencari kerja yang lain. Mana taknya, banyak laman web carian kerja kelihatan sungguh tidak teratur pada pandangan mata aku. Dah la, pening nak cari kerja, pening lagi nak melihat laman web yang tidak teratur. Jadi laman web Job 1 Malaysia ini patut diberi pujian kerana kekemasan dan juga tidak meletakkan iklan terlalu banyak. 

Dari segi penggunaan bahasa Inggeris dalam laman web ini, bahasa yang digunakan ringkas dan tidak berbelit-belit. Ini sangat penting kerana tujuan utama pencari kerja adalah untuk mendapatkan maklumat secara terus dan terperinci. Jadi, bunga-bunga bahasa tidak diperlukan di sini. 

Laman web ini menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada mereka yang masih lagi gagal mendapatkan sebarang pekerjaan ataupun mereka yang ingin mencari pekerjaan yang lebih baik. Sekiranya tidak mahu terlepas sebarang iklan kerja yang diterbitkan di laman web ini, jangan lupa untuk menjadi subscriber. 

Sila layari http://www.job-1-malaysia.com/ dan juga menjadi follower di jaringan sosial Twitter http://twitter.com/job1malaysia 

Artikel Sebelumnya: Kejayaan yang samar

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails