TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Monday, October 4, 2010

Home » , , » Isnin pertama di bulan Oktober 2010

Isnin pertama di bulan Oktober 2010

Isnin menjelma lagi untuk kesekian kalinya. Aku harapkan agar korang semua sihat-walafiatlah hendaknya. Selamat hari Isnin aku ucapkan kepada semua pembaca dan juga rakan-rakan blogger yang sedang membaca entri kali ini. Semoga segala tugasan harian yang telah, sedang dan akan dilakukan akan berjalan dengan lancarlah hendaknya. Mudah-mudahan. Seperti biasa entri ringkas ini adalah untuk mengemaskini akaun Nuffnang yang sudah seminggu tidak dijenguk.


Tidak banyak yang berubah di dalam akaun Nuffnang aku mengenai buffered earning, cuma terdapat 1 kempen yang sudah pun disahkan menjadi metered earning. Buat masa sekarang ni, masih ada 4 lagi kempen yang masih berjalan iaitu Buffered earning yang ke 17. 25, 27 dan 28. Terima kasih Nuffnang (juga untuk kesekian kalinya).
Buffered earning yang bermakna

Aku harapkan earning korang juga masyuk-masyuk belaka. Sedikit perkembangan yang aku lihat di blog-blog yang lain, sibuk memperkatakan tentang perisian blogwalking secara automatik. Mungkin belum terdetik lagi di hati aku untuk menggunakan perisian sebegini. Nak tunggu Wawwi Matrix Blogwalking beroperasi seperti biasa dulu kot. :)

Tak dapat nak menulis panjang-panjang ni sebab ada kerja yang mesti disiapkan. Apapun, terima kasih aku ucapkan kepada korang yang sudi berkunjung ke sini, meninggalkan jejak, memberikan komen dan juga kepada mereka yang memberikan spam sapaan mesra di email. Maaf kalau aku terlepas pandang membalas email yang ada. Minta maaf juga lambat approve jadi kawan kat Facebook. Aku jarang buka akaun Facebook aku. Ada kelapangan, barulah aku akan bersosial di Facebook tu. Semoga Isnin korang di bulan Oktober ini lebih hangat daripada biasa. :)

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails