TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Saturday, October 16, 2010

Home » , » Hujung minggu Bluedianthus dan nombor PIN Google Adsense

Hujung minggu Bluedianthus dan nombor PIN Google Adsense

Selamat berhujung minggu kepada semua pembaca dan juga rakan-rakan blogger yang aku hormati sekalian. Di hujung minggu ini, semoga keluarga sentiasa menjadi keutamaan dan perhatian kita semua. Petang tadi aku baru sahaja balik daripada kampung halaman. Bercuti sehari daripada menghadap laptop memang memberikan rehat kepada mata aku yang semakin rabun ni..hehe.. Apapun, kedatangan surat cinta daripada Google Adsense membuatkan aku teruja untuk berkongsi cerita.


Setelah beberapa bulan melibatkan diri dalam dunia Adsense, akhirnya sampai juga had minimum untuk aku mendapatkan nombor pin Google Adsense ini. Rasa teruja janganlah cakap, hehe... Biasalah, aku ni baru nak bermula dan tak fokus sangat dengan Google Adsense ni, walaupun aku tahu Adsense juga merupakan lubuk duit bagi sesetengah blogger otai yang underground. Had minimum untuk mendapatkan nombor pin akaun Google Adsense ini adalah sebanyak USD10.00. 

Surat datang dari USA. Terharunya.. Alamat tidak dapat ditunjukkan, minta maaf ye.. :)

Proses mendapatkan akaun Google Adsense kini semakin sukar diperolehi terutamanya daripada Malaysia. Mungkin pihak Google sudah dapat mengenalpasti rakyat Malaysia ni selalu guna teknik blackhat. Tapi, itu cara mereka dan aku takkan mempersoalkannya. Fraud Click? Jangan cuba-cuba. Pihak Google Adsense memang tengah berang dan suka ban akaun kalau terdapat pertambahan klik secara mendadak dalam akaun kita. Itu melalui pembacaan dan carian di Internet yang aku lakukan.  

Memang betul kata penggiat Adsense yang sudah lama berada dalam bidang ini, blog ataupun laman web berbahasa Inggeris, kliknya lebih mahal berbanding dengan klik yang terdapat dalam blog berbahasa Melayu. Ada satu masa tu, aku mendapat $1.13 hanya untuk 1 klik dalam sehari. Tapi baru-baru ini, disebabkan kesibukan yang tidak dapat dielakkan, klik berkurangan kerana blog-blog yang tidak dikemaskini. 

Apapun, masih panjang lagi perjalanan untuk mendapatkan cek Google Adsense yang pertama. Semoga ianya memberikan semangat kepada aku untuk terus menghidupkan blog-blog aku yang ada. Yang pertama selalunya lebih bermakna. Sekian saja perkongsian daripada aku di hujung minggu ini. Semoga korang sentiasa sihat dan ceria selalu. Salam sayang dan salam 1 Malaysia daripada Bluedianthus Dot Com. :)

p/s: Sila highlightkan ayat ini. Nantikan kehadiran 20102010 ... :)

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails