TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Sunday, October 24, 2010

Home » » Hujung minggu bersama Pizza Hut

Hujung minggu bersama Pizza Hut

Hujung minggu ini, blog Bluedianthus Dot Com terbiar tidak dikemaskini, tapi segala komen tetap dibalas sebagai menghargai mereka yang meletakkan komen dan perkongsian menarik pada setiap entri. Terima kasih, terima kasih aku ucapkan. Entri kali ini tidak ada apa-apa yang menarik sekadar berkongsi 2 gambar aku dan 3 orang adik aku menghabiskan masa berborak sambil makan Pizza Hut di 1Borneo. :)

Satu perkara yang aku sukakan mengenai suasana di Pizza Hut adalah warna yang digunakan. Sememangnya kita tahu merah membangkitkan selera makan seseorang. Sebab itulah sos cili atau sos tomato berwarna merah. Bayangkan kalau sos berwarna biru atau hijau, rasa tak kena kan. Sekarang, bayangkan pula kicap berwarna kuning, oh tidak! Hehe.. Jadi penggunaan warna sangat memainkan peranan sangat penting dalam kehidupan kita sehari-hari. Sebab setiap hari kita akan bermain dengan warna. Yang memandu tu memang akan selalu nampak lampu merah, jingga dan hijau kan, hehe..

Adik pertama dan adik bongsu aku tengah menikmati makanan tengahari ala Itali. :)

Bersama dengan adik aku yang kedua. Masih sempat senyum...sebenarnya mulut tengah penuh dengan piza..hehe..

Ok, itu sajalah gambar yang sempat diambil sebab semua sibuk nak makan piza dan spageti yang ada di depan mata. Tapi makan piza ni tak boleh selalu, nanti jarum timbang berat akan makin ke kanan. Kesihatan kena jaga okies. Seronok bercerita dengan adik beradik..macam-macam cerita yang akan keluar. Beramah mesra dengan adik beradik memang best. Ok, tak dapat nak tulis panjang-panjang ni, sebab ada job offer untuk menulis review 1 laman web ni. Hidup seorang blogger begitu seronok sebab boleh tahu kewujudan sesebuah laman web. Kira macam kita ni ala-ala wartawan yang dapat tahu informasi hangat lebih awal la kiranya, hehe..:)
Job offer yang bermakna

Artikel Sebelumnya: Di mana senyumanmu?

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails