TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Saturday, October 9, 2010

Home » , » HIDUP SEORANG BLOGGER: Penuh Kejutan

HIDUP SEORANG BLOGGER: Penuh Kejutan

Selamat berhujung minggu kepada semua rakan-rakan blogger, pembaca blog ini dan juga kepada yang sedang membaca blog ini, pembaca senyap (silent reader) dan juga kepada sesiapa sahaja yang sudi membaca blog Bluedianthus Dot Com ini. Ketika entri ini diterbitkan, aku mungkin tengah bersama-sama dengan keluarga aku di kampung. Inilah rutin setiap minggu kami, kalau tidak ada aral melintang, pasti akan bercuti sehari dua di kampung. Di kampung best, streamyx tak boleh bawa. Kalau bawa broadband pun, nak tunggu login email pun berjam-jam. Biasalah, aku orang kampung. Oh... :)


Hidup seorang blogger, memang menarik dan penuh dengan kejutan budaya yang tidak disangka-sangka. Kelmarin (Jumaat) aku menerima dua email, 1 melalui yahoo dan 1 lagi melalui gmail. Satu tawaran mengenai Article Exchange Proposal  dan satu lagi berkaitan dengan review. 

Blog berbahasa Inggeris aku yang diminati oleh Mat Saleh ini sebenarnya baru lagi aku buat. Dan sudah sebulan tidak dikemaskini kerana kesuntukan masa dan tenaga. Jadi, adakah korang akan menerima tawaran ini sekiranya korang jadi aku? Kecil tapak tangan, nyiru aku tadahkan. Jadi, secara tidak langsung kedua-dua blog akan dikemaskini dengan sendirinya. Niche blog ini? Niche paling laris dan evergreen di pasaran, Finance. Tapi malangnya, blog ini belum pernah lagi dapat entri berbayar seperti blog-blog aku yang lain. Mungkin sebab Alexa Rank dan PageRank masih jauh ke laut. Maklumlah, tak pandai bermain SEO. Tak mengapa, blogging itu indah. 
Pujian untuk blog aku tu dah terlebih rasanya...:)

Satu lagi email dari gmail aku ialah mengenai review untuk 1 website yang masih baru dan bakal setanding dengan laman web yang sudah popular iaitu Mudah.My. Kenapa aku bersetuju untuk menulis review ini di blog aku? Kerana aku melihat masa depan yang cerah untuk website ini berkembang pada masa hadapan. Lagipun laman web yang baik patut dikongsikan bersama dengan pembaca blog ini dan juga mereka yang ingin mencari maklumat yang berguna. 
Apapun, nantikan saja review tersebut di dalam blog ini. Semoga dengan review itu nanti akan memberi sedikit sebanyak informasi kepada semua. Mudah-mudahan. 

p/s: kepada yang blogwalking di blog ini, maaf kalau tak dapat dibalas.. Nak tunggu aku melawat dengan cepat bolehlah tinggalkan komen. Selalunya, aku akan balas komen di blog ini terlebih dahulu, kemudian pergi ke blog blogger yang tinggalkan komen untuk komen entri mereka, dan mula blogwalking URL blog yang ada di chatbox. Itulah rutin aku berblogging. Aduh, pecah rahsia aku..hehe..

Artikel Sebelumnya: Jerih lelah yang terbalas

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails