TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Saturday, October 2, 2010

Home » , , » HIDUP SEORANG BLOGGER The DNA of Success Edition

HIDUP SEORANG BLOGGER The DNA of Success Edition

HIDUP kita memerlukan sesuatu yang dinamakan "The DNA of Success".Sesuatu keinginan yang sangat kuat akan mendorong seseorang melakukan sesuatu di luar daripada kemampuannya. Betul, sesuatu yang tidak disangka-sangka untuk tercapai apabila dilihat dengan mata kasar kita. Kata penulis buku ini, Zufelt, kita tidak akan dapat menjumpai kejayaan di mana-mana pun juga kerana kejayaan sebenarnya tinggal diam di dalam diri kita sejak sekian lama.


Walaupun sudah beberapa ketika cabaran SEO HIDUP SEORANG BLOGGER tamat, aku masih gemarkan perkataan ini kerana ia merupakan satu semangat untuk aku terus berblogging. Setahun jagung bergelar blogger membuatkan aku  menghormati perkataan BLOGGER itu sendiri. Aku berterima kasih kepada dunia Internet yang telah memberikan aku peluang untuk bergelar seorang blogger yang tak seberapa ini. Aku sendiri juga tidak menyangka akan bergelar seorang blogger sehingga saat ini.

Bergelar seorang blogger yang berjaya mempunyai definisi yang berbeza di antara sesama blogger mengenai perkataan SUCCESS ini.
SUCCESS 1 : Berjaya kerana telah mempunyai ramai subscribers ataupun pembaca tetap dalam blognya
SUCCESS 2: Berjaya kerana mempunya followers mencecah sehingga ribuan orang
 SUCCESS 3: Berjaya kerana setiap entrinya mempunyai beratus-ratus komen walaupun entri yang diterbitkan bertajuk "Kasut futsal aku hilang..."
SUCCESS 4: Berjaya kerana blognya menjana trafik pelawat unik melebihi 1000 hits sehari
 SUCCESS 5: Berjaya kerana mampu mengekalkan momentum untuk sentiasa mengemaskini blognya setiap hari
 SUCCESS 6: Berjaya kerana menyedari telah memberikan sesuatu yang dirasakan perlu untuk diberitahu kepada pembaca di blognya. Ini lebih kepada kepuasan peribadi rasanya.
SUCCESS 7: Berjaya kerana mampu memperbaiki penghasilan setiap artikel yang ditulis dengan gaya bahasanya sendiri, dalam usaha mencari identiti blogger yang unik.
Banyak lagi tanggapan kejayaan ini dan ianya berbeza bagi setiap orang. Tapi walau apapun jawapan kita terhadap maksud SUCCESS ini, semuanya berbalik kepada apa yang kita mahukan dalam dunia blogging ini. Jadi sekiranya kita ingin memasang halatuju blog kita, tanya dulu apa yang kita mahukan dalam dunia blogging ini, supaya kita dapat berusaha untuk mendapatkan apa yang kita inginkan melalui kewujudan blog kita.

Selamat berhujung minggu kepada semua pembaca blog ini dan juga kepada semua rakan blogger yang selalu berkunjung, berblogwalking, menyapa, singgah, tumpang lalu, dan juga tersesat di blog ini semasa melakukan carian di Search Engine. Salam persahabatan dari Bluedianthus di sini.

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails