TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Friday, October 1, 2010

Home » » Hentikan Fraud Click

Hentikan Fraud Click

Entri kali ini hanya sebagai menasihati para blogger yang sering melakukan fraud click ke atas iklan yang diberikan oleh para pengiklan terutamanya Nuffnang. Aku telah mendapat email forward daripada seorang rakan blogger mengenai kejadian fraud click ini. Aku tak dapat pula email ini daripada Nuffnang. Secara berperingkat kot mereka hantar untuk para blogger. Apapun, sedikit nasihat daripada aku, hentikanlah kegiatan sebegini kerana sebenarnya perbuatan ini hanya mencalar imej kita sebagai blogger. Lainlah kalau kita nak jadi blogger dalam setahun dua ini sahaja sebelum menunggu masa untuk akaun disenaraihitamkan oleh Nuffnang. Sistem Nuffnang mudah mengenalpasti fraud click yang dilakukan. Lepas ni, kalau nak apply pun susah sebab daftar akaun tu ada nombor kad pengenalan. Nanti Nuffnang naikkan syarat macam syarat untuk mohon akaun Google Adsense kan lagi parah? Sudah bersetuju dengan syarat sebelum pasang iklan, jadi kenalah ikut peraturan yang sudah ditetapkan. Jangan sampai pintu rezeki Nuffnang kita tertutup. Berblogginglah dengan beretika. Duit akan datang sendiri, itu PASTI! Jangan risau, ada rezeki takkan ke mana.. :)

p/s: Blogging is blissful, because you learn how to be humble in your writings, and the way you teach people ..make people respect you in return..(Speaking jap, hehe...)


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails