TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Tuesday, October 26, 2010

Home » » Hadiah bermakna daripada Rakan Facebook

Hadiah bermakna daripada Rakan Facebook

Aku agak sibuk dengan urusan yang perlu didahulukan sejak akhir-akhir ini. Namun blog ini tetap tidak dilupakan. Kedatangan pos ekspress memberikan aku sedikit idea untuk menambah entri kali ini. Terima kasih kepada saudara Imran Shamsudin kerana telah mengirimkan cenderahati sebagai hadiah yang paling bermakna untuk aku. Terdapat 3 lagi orang yang menerima produk seperti yang aku terima. Yang bestnya, aku satu-satunya perempuan dan berasal dari Sabah menerima produk comel ini. Kalau nak tahu, jom tengok apa yang Bluedianthus dapat. :)


Pos ekspress dah sampai kat rumah..:)

Rupanya penanda buku yang cantik dan menarik. Aku memang suka dengan penanda buku ni. Dapat la aku menanda halaman buku yang sedang aku baca nanti. Ada 3 set semuanya. Terima kasih Imran. :)

Set 1: Satu penanda buku jenis panjang da ada kata-kata motivasi daripada 2 ikon berpengaruh iaitu Walt Disney dan juga Dr. Fadzillah Kamsah

Set 2: 5 penanda buku comel berbentuk kotak dialog

Set 3: 5 penanda buku berbentuk tapak tangan,,cantik kan. :)

Penanda buku yang menarik dan unik

Keunikan penanda buku ini memang sangat menarik perhatian aku. Penanda buku ini menggunakan magnet untuk menanda halaman buku kita dengan baik. Biasanya aku akan menghafal halaman mukasurat sekiranya tidak habis membaca sesebuah buku. Kalau nak lipat bucu buku, sayang pula nanti buku jadi tak kemas. Dengan adanya penanda buku ni, lepas ni tak payah hafal mukasurat buku la, hehe..

Lepas ni tak payah lipat bucu mukasurat dan hafal mukasurat dengan bantuan penanda buku magnetik ni. :)

Ok, banyak juga gambar yang aku kongsikan ye. Gambar juga memainkan peranan sebagai back-up semasa kita kekurangan idea ataupun kurang masa untuk mengemaskini entri dalam blog kita. Jadi jangan pandang rendah kuasa gambar dalam blog kita. :)

p/s: Rasanya, penanda buku mahal harganya kan..bertuah dapat secara percuma..Terima kasih.:)

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails