TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Tuesday, October 12, 2010

Home » , » Good news! You just got paid for blogging!

Good news! You just got paid for blogging!

Blogging sememangnya suatu perkara yang menyeronokkan dan penuh dengan kejutan. Menulis blog juga mengajar kita melalui pengalaman bagaimana untuk memperbaiki kelemahan kita dalam penulisan. Dunia blogging juga mengajar kita bahawa blog juga boleh menjadi suatu medium yang sangat berpengaruh dalam memberikan informasi kepada pembaca.


Tetapi, lagi manis apabila aktiviti berblogging yang kita minati itu membuahkan hasil. Bagaimana ya? Seiring dengan kredibiliti sesebuah blog, trafik yang tinggi memudahkan pengiklan memilih blog itu untuk mempromosikan produk mereka. Banyak cara untuk menjana pendapatan sampingan daripada aktiviti blogging yang kita lakukan. Apa yang penting, setiap perjalanan dunia blog ada pasang dan surutnya. Seseorang blogger itu tidak akan terus berjaya secara mendadak kerana dunia blogging seumpama pelan jangka panjang. 

Blog memerlukan masa untuk mencapai tahap matang dan juga memerlukan sedikit ruang untuk dinilai prestastinya. Sekiranya blog yang dibangunkan hanyalah untuk mengaut keuntungan semata, mungkin pada satu ketika blogger tersebut akan berasa kecewa. Kecewa kerana trafik di blog mungkin sedikit kurang pada hari ini, maka terfikir blog tersebut tidak mampu bersaing dengan blog lain. Sekiranya niat sebegitu ditanamkan sebelum membina blog, susah untuk blog tersebut bertahan lama dalam dunia blogging. 

Tidak kira samada kita ingin membina sebuah blog peribadi, blog perniagaan, blog keibubapaan, blog motivasi, apa saja..pastikan ianya membawa kepada satu perkataan, INFORMASI. Manusia hari ini semakin pintar dan sentiasa dahagakan ilmu pengetahuan. Itu baik, cuma yang tak baiknya samada informasi itu tadi bersifat negatif ataupun positif. Malang sekali, ilmu negatif melebihi ilmu positif.Blogger juga secara tidak langsung menjadi pemberi informasi, mungkin lebih cepat daripada berita yang disiarkan di televisyen. :)

Mudah-mudahan blogger di Malaysia ini akan sentiasa memperbanyak informasi yang berguna kepada mereka di luar sana. Ini juga peringatan untuk diri aku sendiri. Sama-samalah kita berusaha untuk menjadi blogger yang lebih baik. Berblogging biar gembira, duit akan datang sendiri. :)

p/s: Tajuk entri diambil sempena email yang aku terima pada hari ini. Walaupun jumlahnya agak kecil, tetap bersyukur dengan rezeki yang ada. Masih banyak lagi yang perlu dipelajari di dunia blogging ini. 
$1.15 yang bermakna untuk Bluedianthus

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails