TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Wednesday, October 20, 2010

Home » » Ebook Buat Duit Dengan Blog Kini dilancarkan

Ebook Buat Duit Dengan Blog Kini dilancarkan

Akhirnya, siap juga pelancaran untuk Ebook Buat Duit Dengan Blog aku yang tak seberapa ini. Ini merupakan percubaan pertama kali aku untuk memasarkan produk sendiri menggunakan medium blog. Mungkin kandungan ebook ini masih mempunyai banyak kelemahan di sana sini. Mohon ampun dan maaf seandainya ebook tersebut tidak memenuhi kemahuan seperti yang diharap-harapkan. Aku akan berusaha memperbaiki kandungan Ebook ini dari semasa ke semasa. Gambar di atas adalah header bagi laman web jualan untuk Ebook tersebut.

Apa yang paling penting, keinginan untuk mencuba itu perlu ada. Langkah pertama akan membuka lebih banyak jalan selepas itu. Aku gembira kerana dapat menghasilkan sesuatu yang mungkin berguna untuk korang gunakan pada masa hadapan, dan bukannya berpaksikan keuntungan semata-mata.

Sedikit tips semasa membeli produk digital ini, belilah hanya apabila korang benar-benar memerlukannya dan bukannya membeli dan menyimpannya dalam hard disk komputer korang. Aku akui itu merupakan salah satu kelemahan produk digital terutamanya Ebook. Apa yang paling penting adalah TINDAKAN, dan bukannya hanya membaca semata-mata tanpa sebarang usaha yang dikerahkan.

Semua maklumat mengenai Ebook dan bonus boleh korang lihat pada bahagian laman web jualan tersebut. Semoga ianya bermanfaat untuk semua dan mejadi pahala tersembunyi untuk aku juga. Mudah-mudahan. :)



Klik pada banner untuk ke laman jualan Ebook Buat Duit Dengan Blog

p/s: Tarikh pelancaran Ebook ini dilakukan pada hari ini kerana tarikhnya yang cantik dan juga bersempena dengan perisytiharan Melaka Maju 2010, tempat aku meyambung pengajian setelah tamat SPM beberapa tahun lalu.. Tak payah ingat banyak tarikh istimewa, senang cerita..hehe..:)

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails