TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Friday, October 22, 2010

Home » , » Di mana senyumanmu?

Di mana senyumanmu?

Ketika entri ini diterbitkan, aku kini sedang berada di kampung halaman seperti biasa untuk menghabiskan masa seharian bersama keluarga tersayang. Paling penting bersama dengan kedua orang nenek aku yang masih tegar meniti usia. Beginilah rutin mingguan aku, malam Sabtu akan balik semula ke rumah yang mempunyai akses Internet. Dapatlah juga memberi ruang rehat kepada blog yang semakin sarat dengan entri yang tidak berkesudahan selagi Bluedianthus Dot Com ini masih diberikan ruang untuk bersuara.


Telah lama P Ramlee meninggalkan kita, tetapi hasil karyanya masih menjadi sebutan sehingga ke hari ini. Tapi ada sesuatu yang aku suka pada seniman tersohor ini. SENYUMANNYA. Ya, senyumannya bagi aku sungguh ikhlas dan tulus. Aku kira senyumannya tetap sama walaupun tidak berlakon. Masih ingat lirik lagu ini, "Lawa tiada, manis ada..." Seseorang yang sentiasa tersenyum mampu menceriakan diri sendiri dan juga orang lain di sekitarnya. Senyuman juga membuatkan wajah seseorang manis dipandang. Tak percaya, cuba senyum sekarang ni...hehe..

Senyuman membuatkan kenangan menjadi indah walaupun pada hakikatnya kenangan itu sesuatu yang sukar diterima. Adakalanya, aku akan terkenang dengan datuk aku yang telah pergi buat selama-lamanya 15 tahun yang lalu. Waktu itu aku masih lagi bersekolah di darjah 6. Pada waktu itu, keputusan UPSR telah pun diumumkan dan aku dengan penuh gembira memberitahu Daddy aku yang aku telah mendapat keputusan 3A 1B sepanjang perjalanan pulang ke rumah. Tapi, Daddy aku diam, ucapan tahniah pun tidak disuarakan. Senyuman aku pudar begitu sahaja. Hati aku berbisik, mungkin Daddy tak puas hati dengan result aku. "Minta maaf Dad, aku tak mampu dapat straight A. "

Sesampainya kami di rumah, Mummy perlahan-lahan mendekati aku dan berkata. "Ada berita buruk, Aki baru meninggal dunia."  Rupa-rupanya itulah sebabnya Daddy kelihatan tidak bermaya. Seolah-olah separuh semangatnya dibawa pergi. Ayah Daddy meninggalkan dirinya buat selama-lamanya. Daddy aku yang sering tersenyum pada saat itu tidak mampu menzahirkan senyuman biarpun dengan senyuman terpaksa. Malam itu, kami sekeluarga balik ke Kota Kinabalu menaiki kereta sewa selama 7jam dari Daerah Lahad Datu Sabah.

Hingga kini, aku masih ingat senyuman datuk aku. Pemergiannya secara mengejut beransur-ansur dapat aku terima. Datuk aku ini juga seorang yang suka tesenyum walaupun sebenarnya banyak masalah. Terkadang rasa rindu kepada datuk akan datang dan membuatkan air mata tertumpah. Bukan tertumpah begitu sahaja, tetapi diiringi dengan senyuman..aku tersenyum kerana sempat bersama datuk aku yang cekal menelusuri hidupnya hingga saat yang terakhir. Semoga rohmu tenang di sana..

p/s: Hargailah keluarga kita, jangan fikir kita masih muda dan banyak lagi masa untuk bersama...ajal dan maut bila-bila masa akan datang menjemput..Begitu juga dengan kita sebagai blogger, kita tidak selamanya kekal menjadi blogger..blogger juga manusia dan blogger juga pasti mengalami kematian. Semoga apabila kita sudah tidak ada lagi di dunia, mungkin ilmu yang kita berikan di blog masih dapat menjadi rujukan kepada mereka di luar sana. Suatu ingatan kepada diri aku juga..Renungkan..

Artikel Sebelumnya: Ada apa dengan blog bahasa Inggeris?

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails