TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Tuesday, October 19, 2010

Home » , » Bluedianthus bertukar link dan 2 rahsia naikkan earning Nuffnang

Bluedianthus bertukar link dan 2 rahsia naikkan earning Nuffnang

Jangan salah anggap, iPad kat sebelah ni bukan milik aku, tapi hakmilik kekal abang aku. Aku yang pandai-pandai nak ambil gambar iPad tu dengan laptop aku yang menjadi teman setia aku selama aku berblogging. Ingat nak juga ikut contest Cornetto: Eat & Win untuk rebut iPad yang ditawarkan, tapi tak dapat makan banyak aiskrim sekarang ni, nak diet..hehe..:) Apapun, kita terus ke agenda utama.


Seperti mana korang tahu, blog ini menggunakan platform blogspot dengan custom domain yang dibeli daripada Godaddy.Com. Belum terlintas lagi aku untuk menukar kepada hosting sendiri kerana bagi aku masih banyak lagi yang aku perlu pelajari berkaitan dengan blogspot ini. Namun tidak dinafikan, platform Wordpress lebih mesra SEO..hanya perlu sedikit konfigurasi untuk menarik trafik masuk ke blog Wordpress tersebut. Cabaran blog yang menggunakan platform blogspot ialah dengan menjadikannya kandungan blog yang berkualiti sebagai taruhan. Pada aku, samada menggunakan blog berbayar atau percuma ianya sama saja, kadang-kala mereka yang menggunakan platform percuma lebih baik isi kandungan blognya daripada mereka yang menggunakan platform berbayar. Tapi, tak semua.

Jemputan bertukar link

Sebelum tukar link kena check dulu web/blog tu ok. :)

Semasa membuka email pagi tadi, aku menerima email dari Los Angeles. Kali ini untuk tujuan bertukar link dan artikel. Tapi, aku tidak dapat menerima tawaran untuk bertukar artikel kerana blog ini dalam bahasa Melayu. Takkan tiba-tiba nak terbitkan entri berbahasa Inggeris di blog ini kan, dah buang tabiat apa..hehe.. Jadi aku hanya bersetuju untuk bertukar link dengan beliau. Lepas tu barulah aku check PageRank laman beliau, PR4! Macam mana la nak dapat PageRank tinggi macam tu kan. Mungkin blog Bluedianthus ini masih lemah dari segi backlink dan Bounce Rate pun masih tinggi. Maklumlah blog personal, jadi entri yang dihasilkan pun pelbagai. 

Apapun, aku gembira kerana dapat bertemu dengan blog hebat sebegini. Masih ingat lagi entri HIDUP SEORANG BLOGGER: Penuh Kejutan? PageRank laman web tersebut PR6! Sedangkan blog aku yang satu itu PR0, satu jurang yang sangat ketara tak seimbang langsung...huhu..Apapun, mungkin kerana niche sama jadi di situ kelebihan blog aku. Dapat lagi backlink percuma dari PR6. Oh, indahnya berblogging.. :)

------------------------------------------------------------------
2 TIPS MENINGKATKAN EARNING NUFFNANG
------------------------------------------------------------------
WangCyber sebenarnya merupakan antara rujukan aku dalam menaikkan earning Nuffnang, dan pemilik WangCyber, saudara Shuth telah sudi berkongsi rahsianya untuk mendapatkan pendapatan berterusan daripada Nuffnang. Katanya, cuma ada 2 rahsia sahaja untuk meningkatkan earning Nuffnang. Yup, cuma dua rahsia..tak banyak pun. :)
 Klik pada imej untuk besarkan
p/s: Semoga ianya membantu dan menjadi panduan untuk korang yang baru berjinak-jinak dengan Nuffnang. Jangan lupa belanja aku Cornetto lepas ni ye, hehe.. :)

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails