TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Saturday, October 30, 2010

Home » » Bila tua datang menyapa...

Bila tua datang menyapa...

Tua, mungkin perkataan yang ditakuti oleh sesetengah orang bukan saja wanita, malah kaum lelaki turut gusar dengan keadaan diri yang akan dimamah usia seiring dengan peredaran masa. Masa tidak akan dapat diputar kembali. Jarum masa akan sentiasa akan bergerak ke kanan. Masa tidak akan menunggu sesiapa, tetapi kitalah yang perlu mengejar sedaya upaya kesempatan yang masih tersisa. 

Bagi yang semakin berusia, berbanggalah kerana sudah banyak pahit maung yang diharungi. Semakin berusia, semakin bertambahlah pengalaman hidup yang ditempuhi. Semoga pertambahan usia mematangkan kita semua. Mudah-mudahan. Selamat berhujung minggu aku ucapkan kepada semua. Semasa entri ini diterbitkan, aku masih lagi berada di kampung halaman..petang nanti akan balik. 

p/s: Entri ini diterbitkan kerana aku teringat kepada Mummy aku yang sudah pun berusia pertengahan baya. Terfikir juga fasa penuaan dan simptom-simptom yang mungkin berubah kepada emosi dan perlakuan ibu tercinta aku ni. :)

Artikel Sebelumnya: Berapakah nilai sebuah idea?

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails