TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Friday, October 29, 2010

Home » » Berapakah nilai sebuah idea?

Berapakah nilai sebuah idea?

Nilai sebuah idea yang bernas dan original, berapakah harganya? Cubalah bertanya kepada penulis yang sedang berusaha untuk menyiapkan sebuah karya agung. Ataupun bertanya kepada seorang arkitek yang sedang berusaha menyiapkan sebuah pelan bangunan 100 tingkat? Manusia hanya mampu meletakkan harga terhadap idea tersebut tapi sebenarnya, idea yang muncul dari fikiran manusia itu sebenarnya tidak ternilai harganya. 


Masih ingat Thomas Alva Edison yang gagal beratus-ratus kali dalam percubaannya untuk menghasilkan lampu? Kalaulah beliau berputus asa sepanjang percubaannya, mungkinkah dunia ini akan meriah dengan lampu-lampu yang pelbagai warna pada hari ini. Tidak mungkin! Kalau tidak, terpaksalah setiap minggu kita membeli lilin ataupun minyak untuk sumbu pelita kita. Syarikat yang menghasilkan lilin juga akan tersenyum lebar kerana perniagaan lilin mereka laku bagaikan tiada penghujungnya. Masih ingatkah lagi kita pada Thomas Alva Edison ini? (Masihkah kau ingat..masihkah kau ingat...lagu siapa ni? hehe..) Janganlah serius sangat, senyum sikit..hehe..:)

Apabila seseorang itu berkata-kata, "Ah, aku tak dapat lakukan apa-apa..tiada apa yang dapat aku lakukan. Aku sudah tidak mampu lagi untuk melakukannya. Risiko besar tu, tak payahlah buat.Terlalu banyak nak kena study benda ni..susahlah. Biarlah macam ni, aku pasrah. " Sebenarnya, hatinya yang sedang berkata-kata kerana kekurangan ilmu. Kerana perasaan tidak yakin dalam dirinya membuatkan seseorang itu berkata sedemikian. Kerana perasaan takut yang menyelubung tebal dalam dirinya membuatkan dirinya menjadi seorang yang pasif. Dirinya menjadi tidak tabah dan membenarkan dirinya berada pada takuk lama. 

Sekadar mengingatkan diri sendiri dan juga yang membaca entri kali ini.. Kalau kurang ilmu pengetahuan di sini sana, cubalah tambahkan. Kalau semangat semakin lentur, carilah pemangkinnya. Kalau masih kurang yakin dengan kemampuan diri sendiri, tanyalah golongan istimewa bagaimana mereka menerima kekurangan diri dan terus berjaya. Kalau ada aral melintang, atasi dengan berani. Kalau ada risiko, sediakan pelan kedua. Pasrah sebelum berjuang bukanlah suatu budaya yang sihat. Pantang datuk nenek berputus asa sebelum berjuang. Pantang mengalah... Masih ingatkah kita pada Thomas Alva Edison?

Artikel Sebelumnya: Pakej Video Wordpress 101 dan bonus Bluedianthus

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails