TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Tuesday, October 5, 2010

Home » , » Aku Sayang Padamu NNIE..

Aku Sayang Padamu NNIE..

A picture speaks thousand words. Entri kali ini bersifat santai dan lebih memihak kepada kehidupan realiti pemilik Bluedianthus Dot Com. Kenali adik-adik Bluedianthus yang berangan-angan nak jadi model tapi tak kesampaian ni..hehe... :)


Pemilik blog Bluedianthus Dot Com, Warnnie. Tak sah kalau tak ada gambar, hehe... Entri ini khas diterbitkan untuk berkongsi kegembiraan yang dialami oleh pemilik blog ini mengenai serba sedikit kisah adik-beradiknya...iaitu abang dan adik-adik aku la, hehe.. 



Farahhannie, adik pertama aku yang kini menuntut di Universiti Malaysia Sabah, tahun pertama. Sangat pandai menari. Aku telah menonton persembahan tariannya di Dewan Resital, Sekolah Pengajian Seni Universiti Malaysia Sabah ahad lepas. Adik aku juga koreografer tarian tersebut. Pakai baju hitam, seluar coklat, menari selalu kat bahagian tengah. Maaf gambar tak jelas, buat screenshot dari video je. Yang menonton tariannya pada malam itu Mummy, 2 orang adik aku dan juga adik sepupu aku. Memang tarian mantap habis dan diberi tepukan gemuruh.. :) (p/s: Video belum dapat diupload..)
Antara pergerakan menarik dalam tarian tersebut



Mylsa Avinnie, adik kedua aku. Hari ini genap umurnya 18 tahun. Dia kini sedang belajar di Maktab Perguruan Gaya, Kota Kinabalu selama 5 tahun setengah, mata pelajaran yang diambil, Bahasa Inggeris. Kalau nak belajar Bahasa Inggeris dari adik aku ni, boleh bagi bayarannya kat aku, hehe...joking! Ops, adik aku ini sudah berpunya, jadi jangan kacau ye..hehe..



Adik bongsu aku, Elysta Rozzannie, berusia 15 tahun Disember ini. Hari ini merupakan hari pertamanya menghadapi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah. Semoga dia dapat menjawapnya dengan hati yang tenang. Do not be too stress my dear, relax and just try your very best!


Persamaan : Nama berakhir dengan huruf NNIE di belakang nama (termasuk abang kami..) Kesemuanya pandai bermain piano, terutama yang pakai baju pink. :). Kesemuanya ada blog peribadi (baru je buat bulan lepas, kecuali aku..:p). Kesemuanya bermata besar, hehe.. Bercadang membuka syarikat NNIE Corporation..Amin... :)

Big brother kami yang macho & cool..Ronnie a.k.a Rons Zonan. Sekarang ini sudah pun balik ke Sabah dan bekerja di Sabah. Peminat buku komik, kalau nak baca buku komik Naruto, Penyiasat Remaja (Kindaichi), Starz, Dewata Raya, Budak Getah, Getbackers, bolehlah berjumpa dengan abang aku ni. hehe...

Renungan:
Air yang dicincang tidak akan putus. Walaupun kadang-kadang bergaduh, tetap akan berbaik-baik semula. Mungkin kalau anak tunggal tidak akan dapat merasai semua asam garam untuk hidup sebagai adik-beradik. Tetapi jangan lupa, ada juga kawan yang memainkan peranan sebagai adik, abang, kakak dalam hidup kita. Ya, namanya sahabat. Sahabat sejati sukar dicari pada masa kini. Sekadar sahabat biasa memang banyak. Aku doakan korang dapat mencari seorang dua sahabat sejati untuk dijadikan tempat untuk kita menerima nasihat dan panduan. Sahabat sejati adalah mereka yang sentiasa menegur kita dengan ikhlas. Walaupun kekadang menimbulkan kemarahan, tapi niatnya ikhlas. Jangan mudah kecil hati. Sahabat biasa tidak akan mampu menegur kita dengan cara yang agak keras sebegitu. Selamat mencari cinta sahabat aku ucapkan. :)


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails