TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Thursday, October 21, 2010

Home » » Ada apa dengan blog bahasa Inggeris?

Ada apa dengan blog bahasa Inggeris?

Aku terpanggil untuk menerbitkan entri ini kerana email yang aku terima daripada pembaca blog ini berhubung dengan Ebook Buat Duit Dengan Blog yang aku lancarkan kelmarin. Antara lain soalan yang ditanyakan ialah kenapa perlu memiliki domain dan hosting sendiri dan juga mengapa blog tersebut perlu dalam bahasa Inggeris.


Aku bukanlah orang yang layak untuk menceritakan perihal memiliki domain dan hosting sendiri. Ramai otai di luar sana yang lebih maklum dengan peri-pentingnya mempunyai domain dan hosting berbayar sendiri untuk memulakan make money blogging ini. Mungkin korang patut membaca transkripsi tembubual majalah IM bersama dengan problogger rohaizad dalam edisi Buat Duit Dengan Blog.

Ada apa dengan blog bahasa Inggeris? Tidak ada apa-apa, ianya sama saja seperti blog berbahasa Melayu seperti blog ini juga. Blog Melayu juga boleh menjana pendapatan yang stabil seperti Redmummy yang memang identiti blognya semerah nama domainnya..hehe.. Cuma, kelebihan pada blog berbahasa Inggeris ini adalah dari segi demografik dan capaian yang meluas. Apa maksudnya di sini? Lebih luas capaian blog kita, lebih banyak peluang untuk menjana pendapatan. 
Earning Adsense untuk hari ini datang dari blog WillPowerWithin.com
Membangunkan blog berbahasa Inggeris dan mempunyai niche yang spesifik serta isi kandungan yang berkualiti sememangnya akan menarik para pengiklan untuk beriklan di blog kita. Selain daripada itu, blog berbahasa Inggeris juga boleh kita letakkan iklan Adsense, Chitika dan banyak lagi asalkan ianya nampak well-blend dengan kandungan blog kita.

Dengan blog berbahasa Inggeris juga, terdapat banyak lagi aktiviti untuk buat duit akan terbuka luas untuk kita. Contohnya seperti menjual link untuk diletakkan di blog kita. Kemudian dengan blog berbahasa Inggeris itu juga, kita boleh memohon untuk melakukan review berbayar di blog kita. Ada yang dibayar berdasarkan setiap entri yang kita buat, ada yang dibayar berdasarkan panjang perkataan yang kita buat dan pelbagai lagi. Alexa Rank dan juga PageRank sangat diambil kira sekiranya melakukan pay per post ini. Semakin tinggi PageRank, semakin tinggi bayaran untuk setiap review.

Paypal adalah medium pembayaran universal yang digunakan untuk transaksi bayaran. Jadi bukan semua boleh menggunakan Ebook yang aku tulis kerana di dalam Ebook itu, aku tidak ada memasukkan bagaimana cara untuk memohon akaun Paypal, langkah demi langkah membeli domain dan hosting sendiri dan juga cara untuk memohon akaun Google Adsense. Mungkin ada masa aku akan menjual lagi Ebook ini dengan kesemua rujukan lengkap ini pada masa akan datang. Tapi tak tahu bila la.. :)

Itulah serba sedikit kelebihan blog berbahasa Inggeris, kerana ianya merupakan bahasa dunia yang wajib untuk dipelajari. Semoga segala pertanyaan sedikit terjawab dengan kehadiran entri ini. Tak perlulah aku berulang kali untuk menjelaskannya kepada mereka yang menghantar email dengan soalan yang sama kan. :)

Artikel Sebelumnya: Rintangan sebagai pendorong

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails