TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Tuesday, October 12, 2010

Home » , » 1TradeZone Dot My menyahut seruan 1 Malaysia

1TradeZone Dot My menyahut seruan 1 Malaysia



1TradeZone.My, sememangnya produk rakyat Malaysia hanya dengan melihat akhiran domainnya .my(Malaysia). First impression bila aku berkunjung ke laman ini, tarikan yang paling utama adalah penggunaan kombinasi warna di dalam laman web tersebut. Gabungan beberapa tona warna ungu cukup cantik dan menarik di mata aku.  

1TradeZone.My ini merupakan tempat berjual-beli barangan dan perkhidmatan secara atas-talian. Sememangnya secara kasar, konsep laman web ini masih lagi sama seperti Mudah.My dan Lelong, tetapi satu kelebihan yang ketara ialah penggunaan grafik yang lebih kemas, tersusun dan profesional. Rekabentuk antaramuka pengguna (User Interface Design) yang ringkas memudahkan pengguna melakukan carian dan navigasi produk ataupun servis yang ingin dijual ataupun dibeli. 

Ok, jom kita explore bahagian eletronik dulu.. :)

Item di atas merupakan barangan terbaru yang dijual di laman ini. Screenshot di atas merupakan barangan popular yang diniagakan iaitu seperti telefon bimbit dan laptop. Kebanyakan gambar telah diletakkan watermark untuk menunjukkan bahawa barangan tersebut yang diterima adalah serupa dengan barangan yang berada di dalam gambar. Mungkin terdapat beberapa lagi penambahbaikan dari segi cara barangan tersebut di ambil, tetapi setakat ini, susun-atur item masih memuaskan. 

Walaupun seakan sama dengan Mudah.my, tetapi laman web ini masih menang dari segi kelebihan pengiklanan. Kalau Mudah.my sudah mula mengenakan bayaran untuk beriklan, 1TradeZone.My memberikan ruang iklan PERCUMA, serius FOC (Free of Charge)! Masih jauh lagi perjalanan laman web ini, jadi jangan lepaskan peluang untuk beriklan produk ataupun servis korang di sini ya. Ia juga wajib menjadi alternatif kepada mereka yang ingin membuat pengiklanan dengan kos SIFAR!

Secara keseluruhannya, laman jual-beli 1TradeZoen Dot My ini memang sudah cukup cantik dari segi rekabentuk, kombinasi warna serta penggunaan grafik beresolusi tinggi, tetapi masih ada ruang yang masih boleh diperbaiki pada masa hadapan. Contohnya, menyediakan kemudahan dwi-bahasa dalam laman web tersebut. Oleh sebab laman web ini adalah milik orang Melayu, maka wajar juga penggunaan Bahasa Melayu diketengahkan. Mungkin dengan penggunaan bahasa ini juga, proses pendafttaran untuk beriklan secara PERCUMA di laman web ini akan lebih lancar. Setakat ini sudah 20 senarai E-Shop yang berdaftar dan aku yakin angka ini akan semakin bertambah dari hari ke hari.

Untuk maklumat lanjut, layari terus 1TradeZone.My ini dan juga boleh ikuti perkembangan mereka  di Facebook http://facebook.com/1tradezone

Sokonglah usaha rakyat tempatan kita yang menyahut seruan 1Malaysia.

p/s: Proses pendaftaran E-Shop memang pantas dan tidak melecehkan seperti online marketplace yang lain. Syabas di atas usaha ini dan selamat maju jaya. Satu lagi alternatif pengiklanan yang bagus untuk diterokai.


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails