TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Wednesday, September 8, 2010

Home » » Tak ada blog? Tak apa, ChurpChurp tetap nak bagi duit!

Tak ada blog? Tak apa, ChurpChurp tetap nak bagi duit!

Mungkin program ChurpChurp ini ramai yang dah tahu kewujudannya. Ianya merupakan tugas kecil yang diberikan kepada kita iaitu untuk menghebahkan sesuatu perkara kepada mereka yang menjadi follower kita di akaun Twitter kita. Cara ini lebih mesra-pembaca sebab minimum perkataan yang ditaip hanya 135-140 patah  perkataan sahaja. Mesej yang disampaikan juga mudah difahami (jika kena caranya)


Satu keunikan pada program ChurpChurp ini ialah, ianya tidak memerlukan kita untuk mempunyai blog. Hmm...kalau ada blog lebih bagus. Contohnya, di dalam blog ini 2 job offer dari ChurpChurp telah pun disahkan dan muncul di sidebar blog ini. Boleh lihat pada gambar kat sebelah ini. Aku telah setkan simbol "[AD]" pada permulaan tweet untuk memudahkan follower yang menerima mesej aku faham bahawa tweet tesebut adalah iklan. Maklumlah, ada yang akan mendapat update melalui telefon bimbit sahaja.

Persoalan yang mungkin timbul dalam fikiran korang, dah ada tak orang yang berjaya melepasi minimum payout daripada ChurpChurp ini? Jawapannya, YA! Dah ada, iaitu saudara WanMus. Sebab itulah beliau telah menerbitakan sebuah ebook bertajuk Panduan Jana Wang dengan Twitter & ChurpChurp secara PERCUMA. Kalau beli pun laku ni aku rasa..hehe. Korang boleh la download ebook percuma tu sebelum ianya dijual.

Rasanya minimum payout RM100.00 memang payah, lebih payah daripada nak cashout duit Nuffnang. Tapi tak mengapa, duit free memang selalu lambat. Tapi kira jangka masa panjang la kan. Aku pun lama lagi nak cashout duit ChurpChurp ni, tapi tak apa. Kata orang pelan-pelan kayuh. 

Aku kira, korang semua mesti dah ada akaun twitter kan. Kalau dah ada, boleh la daftar terus akaun ChurpChurp korang. Boleh la tambah satu lagi koleksi cari duit online korang.

p/s: Churpchurp..memang macam bunyi burung berkicau kan.. :)




ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails