TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Monday, September 27, 2010

Home » , , » Rehat seketika bersama Nuffnang

Rehat seketika bersama Nuffnang

Salam sejahtera dan salam 1Malaysia aku ucapkan buat semua pembaca blog ini dan juga kepada mereka yang mungkin juga menjadi pembaca senyap blog Bluedianthus ini. 12 jam yang pertama untuk hari Isnin terakhir sudah pun berlalu dan takkan kembali lagi dalam hidup kita yang cuma sekali ini. Jadi, hargailah masa yang berharga kerana setiap orang di dunia ini tidak mempunyai lebih atau kurangnya masa selama 24 jam yang diberikan Tuhan kepada kita.


Sepeti biasa, hari Isnin adalah masa untuk aku mengemaskini akaun Nuffnang secara ringkas kerana aku cuma akan memeriksa akaun Nuffnang aku seminggu sekali. Saja ingin mendisiplinkan diri untuk tidak terlalu taksub melihat earning yang diperolehi.(p/s: Dulu setiap jam nak lihat akaun, huhu..)
Terdapat 4 lagi buffered earnings yang dihadiahkan oleh Nuffnang

Terima kasih sekali lagi aku ucapkan kepada Nuffnang yang terus memberi kepercayaan kepada blog ini untuk menerima beberapa lagi kempen dalam usaha mempromosikan produk dan servis daripada syarikat yang lain. Blog ini menerima 4 buffered earning sekaligus pada minggu lepas (rasanya) yang ke 25, 26, 27 dan 28. Kesemuanya masih lagi pada bahagian LR (Large Rectangle). Aku masih lagi mencari sebab mengapa bahagian LR sahaja yang menjadi perhatian pihak pengiklan untuk membeli pelawat unik di blog ini. Salah satu sebab mungkin kerana ramai yang menjadi subscribers blog ini hanya membaca entri yang ada di blog ini. Apapun, masih banyak yang aku masih perlu belajar mengenai Nuffnang.

Selain daripada itu, aku ingin menegur dengan penuh rendah diri kepada mereka yang melakukan spam pada shoutbox aku mengenai link Youthsays. Aku dapati sangat ramai yang menggunakan link affiliate PPC (Pay Per Click) ini untuk menyepam shoutbox blogger lain. Bagi aku shoutbox untuk blogger ini lebih kepada mengeratkan persahabatan sesama blogger di samping menyapa tuan blogger dan bukannya untuk memberikan promosi link affiliate.
Fahami peraturan dan syarat link affiliate yang ditetapkan

Kalau sekali-sekala itu, boleh juga aku tahan. Tapi kalau dah berkali-berkala(kata berganda buatan sendiri), boleh membuatkan orang bengang  (boleh nyanyi lagu Akim AF lepas ni..hehe..). Ni mesti tak baca nota ringkas aku sebelum tulis kat chatbox ni, hehe... Setakat ni belum ban lagi mana-mana IP address, tapi kalau dah melebih sangat memang akan ban. :) Nasihat aku, tidak ada jalan pintas untuk dapat duit, dan kalau dapat duit dengan pantas tentu tak sama dengan jerih payah yang kita dapat dengan cara yang betul. Betul kan. :) Mungkin ada yang masih baru lagi, aku tak salahkan 100%, tapi kenalah ubah diri menjadi yang lebih baik kan. Selamat berblogging semua dan salam ceria dari Bluedianthus untuk semua. :)

Artikel Sebelumnya: "Harga" sebuah iPhone 4?

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails