TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Monday, September 13, 2010

Home » , » Pencapaian "Blog Racing"

Pencapaian "Blog Racing"

Selamat kembali bekerja kepada mereka yang sudahpun mula bekerja pada hari Isnin ini. Hari ini adalah hari untuk mengemaskini akaun Nuffnang. Sebenarnya blog ini masih dalam mood bercuti. Entri pun ringkas sahaja baru-baru ini. :) Apapun, semoga korang yang masih lagi beraya sakan sentiasa sihat dan jangan lupa amalkan pemakanan yang sihat. Jangan main bantai je apa yang ada di depan mata okies. Tanpa membuang masa jom tengok pencapaian "blog racing" Bluedianthus yang kini sedang berusaha untuk mengejar buffered earning yang ke-25.


Setakat ini, masih ada lagi 3 buffered campaign yang berjalan dalam blog ini kerana 1 buffered campaign sudah  dikreditkan menjadi metered earning. Earning juga sudah bertambah sedikit daripada minggu lepas. Syukurlah walaupun pada musim perayaan masih ada yang sanggup menjenguk blog Bluedianthus. 
3 buffered campaign masih berjalan di blog ini. Terima kasih Nuffnang
Selain daripada itu, terdapat blog-blog aku yang lain yang memerlukan perhatian yang lebih kerana telah mendapat job offer yang perlu disiapkan dalam tempoh masa 3 hari. Walaupun bayaran tak banyak, lebih baik daripada tak ada kan. Aku masih lagi belajar tentang dunia blogging yang menyeronokkan ini.

Ada kerja nak buat lepas balik rumah. :)

Sekian saja laporan untuk hari ini. Ada banyak kerja menanti selepas ini. Kalau aku terlepas pandang apa yang korang letak pada chatbox aku, aku minta maaf. Tuan rumah ini bukanlah seorang yang sombong ye. Kalau korang rajin, boleh la komen-komen di dalam entri. Aku selalunya akan membalas kunjungan melalui mereka yang menghantar komen dan akan turut memberikan komen untuk entri yang menarik perhatian aku di blog mereka. Orang berbudi kita berbahasa, betul kan. :)

p/s: Siapa ada kuih batang buruk? Sudi-sudikanlah hantar ke negeri Sabah di bawah bayu ni.hehe.. joking!


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails