TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Wednesday, September 15, 2010

Home » » Nuffnang di dada Kosmo

Nuffnang di dada Kosmo

Tumpang gembira melihat kejayaan perintis komuniti Nuffnang yang kini sudah boleh tersenyum lebar melihat kejayaan jenama Nuffnang sudah pun melebarkan sayapnya sehingga ke Singapura, Filipina, Indonesia dan Australia. Sebut saja Nuffnang, aku kira ramai blogger yang sudah tahu akan kekukuhan syarikat ini. Aku sendiri yang sudah bersama dengan Nuffnang hampir 9 bulan mulai berasa selesa dengan kehadiran iklan yang muncul di dalam blog ini.

Kejayaan tidak mungkin dicapai dalam sekelip mata. Kejayaan bermula dari satu idea dan impian yang boleh dikatakan sesetengah orang sebagai idea yang mustahil dan gila. Tapi apabila seseorang mempunyai personaliti "Think Big", sesuatu yang gila boleh melakarkan kejayaan luar biasa. Apa yang aku suka tentang kejayaan pihak Nuffnang ialah motifnya adalah untuk membantu blogger seperti kita untuk menjana pendapatan sampingan yang tidak mustahil akan memberikan pulangan yang lumayan dalam jangkamasa yang lama.

Kata-kata pemilik Redmummy Dot Com sungguh mengharukan aku. Apa yang beliau capai pada hari ini bukanlah sesuatu yang dikatakan sebagai durian runtuh tetapi kejayaan itu hadir setelah sekian lama berblogging. Paling penting, menjadi diri sendiri dan tidak terikut-ikut dengan blogger yang sudah mempunyai nama besar dalam dunia blogging. Ini sepatutnya kita highlight di dalam fikiran kita apabila mulai menulis. "Aku menulis kerana..." (sila isi tempat kosong sendiri ye..dalam hati pun boleh, hehe..)

Tahniah sekali lagi aku ucapkan kepada perintis Nuffnang dan semua krew kerja Nuffnang kerana bertungkus lumus mengekalkan prestasi Nuffnang dan semoga terus maju sampai bila-bila. Mudah-mudahan.

p/s: Boleh baca berita penuh mengenai Nuffnang yang bertajuk "Pendapatan Lumayan Dengan Nuffnang"

Artikel Sebelumnya: Lakukan apa yang anda yakin

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails