TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Thursday, September 23, 2010

Home » , » Money Never Sleeps

Money Never Sleeps

Sengaja aku mengambil tajuk filem yang bakal menjadi box-office tahun ini lakonan Michael Douglas dan Shia LaBeouf (watak utama Transformer). Money never sleeps dan aku percaya kepada istilah ini. kerana aku sudah sudah mengalaminya. Masa kita tidur, masa itulah duit masuk dalam akaun bank kita.

Menjana wang online di dunia maya sememangnya suatu pengalaman yang mengujakan buat aku. Apa tidaknya, pukul 3 pagi tadi aku menerima bayaran daripada seorang pelanggan yang ingin beriklan di blog Bluedianthus ini. Pada masa itu, aku sudah dibuai mimpi indah..hehe..Ada kaitan tak dengan tajuk entri kali ini? Sangat berkaitan kan. :)
 RM7.00 yang bermakna

Satu kata kunci yang perlu kita ingat apabila mula melibatkan diri dalam dunia blogging ini adalah REZEKI. Aku dan korang sudah tentu maklum terdapat begitu banyak blog yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Ayat ini sangat klise dalam hidup kita kan, tapi kita menerima istilah ini kerana kita sedia maklum dengan kepesatan dan kuasa blog ini. Kuasa blog sememangnya sangat besar dan sesiapa yang menyalahgunakan blog ini mampu memporak-perandakan sesebuah negara. Jadi adab sopan dalam berblogging kenalah kita awasi supaya tidak mencetuskan sentimen yang berbaur politik, agama dan perkauman, khususnya di Malaysia tercinta kita ini.

Berbalik kepada kata kunci REZEKI itu tadi. Perasaan negatif bahawa blog kita tidak boleh di"monetize"kan hanya kerana blog kita dalam bahasa Melayu perlu di buang jauh-jauh. Ya, mungkin blog berbahasa Melayu tidak mempunyai capaian yang meluas dari segi trafik dan juga pelawat negara Amerika dan Eropah kerana kekangan bahasa, tetapi ini tidak bermakna blog tersebut tidak mendatangkan apa-apa pendapatan langsung. Ada rezeki pasti tidak akan ke mana kan. :)


-------------
PROMOSI
-------------
Sebenarnya, selain daripada blog, terdapat 30 cara lagi untuk menjana wang secara online daripada Internet. Ya, ada 30 cara lagi dan Ebook Panduan Jana Wang Online ini menerangkan segala-galanya. Aku juga turut mempromosikan produk ini dengan memberikan ebook "Buat Duit Dengan Blog" yang baru saja disiapkan pada Mei lalu. Ebook ini mengandungi koleksi laman web untuk blogger menjana wang melalui review di blog atau pay per post. Harga sebenar ebook ini adalah RM15. Korang akan mendapatnya secara percuma jika membeli Panduan Jana Wang Online ini melalui link affiliate aku. Caranya mudah saja, clearkan cookies di komputer korang, klik pada http://www.panduanjwo.com/index.php?ref=bluedianthus, buat pembelian ebook Panduan Jana Wang Online kemudian hantar email ke bluedianthus@gmail untuk claim Ebook "Buat Duit Dengan Blog". Aku akan hantarkan ebook tersebut setelah mendapat pengesahan daripada pemilik Panduan Jana Wang Online. Hanya itu yang mampu aku berikan sebagai tanda terima kasih aku.


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails