TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Thursday, September 2, 2010

Home » , » Masa HIDUP SEORANG BLOGGER, Cinta HIDUP SEORANG BLOGGER

Masa HIDUP SEORANG BLOGGER, Cinta HIDUP SEORANG BLOGGER


MASA = CINTA? Betul ke? Kalau untuk usahawan Internet kena ubah sedikit ni, MASA = WANG, hehe.. Apapun, ilustrasi bermakna di sebelah ini meliputi pelbagai aspek. Cinta juga bukan tertuju kepada satu maksud sahaja iaitu percintaan di antara lelaki dan wanita. Cinta ini meliputi seluruh aspek, iaitu cinta kepada alam sekitar, cinta kepada haiwan, cinta kepada ibubapa, cinta kepada adik beradik dan juga cinta kepada kerjaya serta banyak lagi. Namun entri kali ini akan memecahkan kedua MASA dan CINTA ini dari sudut HIDUP SEORANG BLOGGER



Masa HIDUP SEORANG BLOGGER
1. Apabila kita sudah melekat dengan gelaran "blogger" yang diberikan, kita akan kekal sebagai seorang blogger meskipun satu hari nanti kita mungkin akan berhenti secara tetap dan berpencen daripada dunia blogging ini. Manalah tau kan, masa umur dah mencecah 80 tahun, tak larat lagi nak menaip, mata pun tak nampak lagi tulisan kat depan laptop. Kalau parents aku, guna kanta pembesar lagi, cun gitu! Hehe..

2. HIDUP SEORANG BLOGGER juga kadangkala menghabiskan masa berjam-jam dengan melayari Internet sehingga lupa waktu untuk tidur. Fenomena ini berlaku terutamanya kepada mereka yang baru sahaja merasai betapa nikmtnya berblogging. Melalui pengalaman aku sendiri, aku pernah langsung tidak tidur sebab mencari maklumat mengenai bagaimana dengan berblogging aku akan mendapat duit sampingan. Buat carian kat Google tu jangan cakap la, siapa yang pandai bermain SEO tu memang akan tersenyum lebar sebab menerima lawatan yang mengejut daripada aku.

Cinta HIDUP SEORANG BLOGGER
1. Blogger juga mempunyai minat dan "rasa cinta" yang lain selain dunia blogging. Ya, melalui blogging juga aku telah mengetahui akan wujudnya Dunia Perniagaan Internet (IM). Meskipun aku masih baru dalam bidang keusahawanan Internet ini, ianya cukup memberi impak yang sangat besar kepada aku. Selain daripada dunia blogging, dunia IM telah memberikan aku pendapatan sampingan yang aku kira agak banyak bagi seorang newbie seperti aku. Pada penghujung tahun 2009 aku mula mendapat RM pertama aku melalui WangCyber. Kemudiannya, aku berjaya mendapat komisyen melalui affiliate. Selain itu, aku juga mendapatkan pelanggan yang mahukan khidmat penulisan aku. Ilmu merupakan satu pelaburan, jadi jangan kedekut untuk membeli ilmu. Bila ilmu tu dah tersimpan dalam otak, tiada siapa yang akan dapat merampas ilmu itu daripada kita.

2. Blogger juga mungkin mempunyai bakat ataupun hobi yang terpendam yang mungkin tidak ditulis di dalam blognya. Jadi, jangan pandang rendah kepada setiap blogger yang ada. Tidak kira blogger yang masih baru ataupun blogger yang dah lama (otai la tu kan..). Realitinya dalam dunia blogging ini, ramai yang suka menggunakan platform percuma untuk membina blog. Adakah itu bererti mereka harus dipandang enteng? Oh, jangan begitu. Aku sudah melihat ramai yang menggunakan blogspot yang sudah menjana pendapatan hasil daripada blogshop yang ber"platform"kan blogspot. 

Percuma tidak semestinya tidak baik, dan berbayar tidak semestinya akan untung. Buktinya lihatlah blog Pinky Creative Design. Blog ini wujud kerana rasa cinta yang mendalam dalam bidang design. Tetapi untuk jangka masa panjang dan kredibiliti mungkin perlu membeli domain dan hosting sendiri bergantung kepada bajet yang ada. Kalau nak tengok blog dot com Pinky Creative boleh buang blogspot tu, korang akan dapat perhatikan blog tersebut sedang membangunkan blognya secara perlahan-lahan. Great job kan!
Time Is Love dan Endless..


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails