TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Thursday, September 16, 2010

Home » , » Malaysia oh tanah airku..

Malaysia oh tanah airku..

Menjadi sebahagian daripada Malaysia merupakan satu titik permulaan bagi rakyat Sabah seperti aku untuk mengorak langkah jauh ke hadapan. Kalau tidak, mungkin Sabah sudah menjadi sebahagian daripada bumi negara Filipina. Walaupun mungkin Sabah masih lagi jauh ketinggalan berbanding dengan kemajuan yang telah dicapai di Semenanjung Malaysia, namun ia bukanlah penghalang bagi rakyat di Kepulauan Borneo untuk terus bergerak maju. Terima kasih aku ucapkan kepada kepimpinan Perdana Menteri Malaysia kita yang ke-6, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak di atas penciptaan gagasan IMalaysia. Selamat Hari Malaysia aku ucapkan untuk semua yang bergelar warga Malaysia. Semoga rakyat Malaysia sentiasa bersatu-padu. :)

p/s: Baru balik dari Padang Merdeka Kota Kinabalu, memeriahkan bersama sambutan besar-besaran Hari Malaysia. Tapi kejap je, jalan raya sesak bukan main. Tak larat nak lama-lama kat sana.

Artikel Sebelumnya: Nuffnang di dada Kosmo

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails