TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Tuesday, September 14, 2010

Home » » Lakukan apa yang anda yakin

Lakukan apa yang anda yakin

Bluedianthus memang suka mengemaskini entri pada waktu rehat tengahari. Tak boleh curi tulang, nanti kerja tak siap. Terpaksa pula bawa kerja ke rumah. Tak best la kan. :) Suasana raya mulai beransur reda kalau di Kota Kinabalu ini. Rata-rata sibuk kembali bekerja untuk menampung keperluan hidup.


Tidak ada kisah menarik untuk diceritakan pada hari ini selain aku telah mendapat bayaran komisyen untuk satu affiliate yang aku sertai. Selain mendapat komisyen, aku juga mendapat baucar tunai barangan Crocs bernilai RM30.00. Syukur, siapa nak kasi kan.
RM25.00 yang bermakna

Ramai yang mengirimkan surat cinta email kepada aku mengenai bagaimana mencari duit secara melalui Internet. Sebenarnya aku bukanlah seorang yang pandai sangat dalam mencari peluang untuk mencari duit secara sampingan. Kalau nak dibandingkan dengan otai yang lain, aku ni memang tak ada dalam senarai, hehe... Aku juga masih baru dalam dunia mencari duit secara online ini. Banyak yang telah aku pelajari selama setahun berblogging. 

Kunci utama kepada setiap yang aku lakukan ialah KEYAKINAN. Jangan diikutkan cakap-cakap orang sangat. Kalau nak puas hati, cuba dulu result belakang kira. Itulah yang aku lakukan mula-mula dulu. Perasaan was-was dan takut perlu dibuang jauh ke tepi. Kita mestilah percaya dengan kemampuan diri. Kalau gagal, lagi bagus sebab boleh memberikan kekebalan kepada semangat dalaman kita. Dan dua senjata utama yang kita perlukan ialah ILMU dan TINDAKAN.

p/s: Oppss...jangan lupa juga untuk MEMBACA..Leaders are Readers..

Artikel Sebelumnya: Pencapaian "Blog Racing"

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails