TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Friday, September 24, 2010

Home » » Kekuatan dari kata-kata sederhana

Kekuatan dari kata-kata sederhana

Aku anggapkan, setiap orang mempunyai cita-cita kedua di dalam hidup. Cita-cita rahsia dan tersembunyi dan ianya wujud dalam hati kecil kita. Tersimpan rapi dan tidak ada seorang pun kita beritahu.


Ianya merupakan suara dan kata-kata hati yang timbul dari dalam diri kita sendiri. Tidak kira samada itu baik ataupun jahat. Setiap kata-kata kecil dalam hati kita mampu menjadi satu refleksi kepada diri kita. Kata-kata dari dalam diri kita itu akan menjadi impresi kepada perkataan yang kita ucapkan sehari-hari dan juga semasa berkomunikasi sesama kita.

Kata-kata yang sederhana mampu mengeluarkan kekuatan yang luar biasa. Mungkin pada hari ini, bagi mereka yang bekerja, badan semakin letih, mudah marah, cepat melenting dan berbagai lagi jenis ekspresi tubuh yang disebabkan oleh tekanan kerjaya, pelajaran dan juga kewangan. Apa kata ubah sifat negatif sebegini dengan cuba mengatakan sesuatu yang positif. Bukan sahaja ia menjadi terapi yang baik untuk tubuh dan minda, malah kata-kata sederhana ini juga mampu menceriakan orang di sekeliling kita.
"Selamat pagi, kamu nampak cukup bersemangat hari ini."
"Mudah-mudahan hari ini kerja yang ada dapat aku selesaikan."
"Hmm..tak tahu apa perkara baik yang akan berlaku pada hari ini."
Semudah itu, kata-kata sederhana ini mampu memberi nutrisi kepada minda dan tubuh badan kita untuk terus kekal terkawal dalam menghadapi segala tekanan yang kita alami. Berbalik kepada cita-cita kedua tadi, terpulanglah samada ianya kekal menjadi rahsia ataupun ingin dikongsikan bersama dengan orang terdekat. :)

Selamat berhujung minggu aku ucapkan untuk semua rakan blogger dan pembaca blog ini. Sememangnya kehadiran korang di blog ini sangat aku hargai. Aku harapkan pembaca blog Bluedianthus ini akan kekal bermotivasi sentiasa.Mudah-mudahan.. :)

Artikel Sebelumnya: Money Never Sleeps

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails