TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Friday, September 10, 2010

Home » » Kekalkan Berat Badan Sewaktu Beraya

Kekalkan Berat Badan Sewaktu Beraya

Selamat pagi, selamat hari raya dan semoga ceria-ceria selalu di pagi raya ini (macam deejay pula Bluedianthus ni kan, hehe..) Kena la ceria sikit sebab aidilfitri dah menjelma untuk tahun 2010 ini. Semoga selamat semuanya terutama mereka yang akan balik ke tempat masing-masing setelah sibuk beraya bersama sanak-saudara. :)


Di sini aku nak ambil kesempatan sikit nak bagi nasihat untuk korang-korang yang bakal beraya ni. Al-maklumlah sebulan berpuasa, banyak keinginan untuk memakan makanan kegemaran tertunda. Tapi jangan la jadikan kedatangan syawal ini sebagai misi membalas dendam korang terhadap makanan. 

Mungkin sedikit tips yang aku berikan ini akan memberikan manfaat kepada korang yang tak dapat mengekang keinginan untuk makan banyak masa raya ini. Tips ini hanya merupakan pendapat aku sahaja dan tidak ada rujukan daripada pakar dan mungkin juga tidak sesuai diamalkan oleh sesetengah individu..hehe..
1. Makan kerap tetapi sedikit. Biasalah kalau berkunjung ke rumah tuan rumah lain hidangannya, jadi makanlah sedikit saja tapi rasa semua makanan yang ada. Ini bukan tamak tau, tapi memberi penghargaan pada diri, bagi rasa semua makanan dan minuman yang ada..hehe..
2. Pakai pakaian yang tak ketat sangat. Jangan salah anggap, bukan sebab boleh makan banyak lagi, tapi untuk membuatkan kita rasa selesa dengan pakaian kita. Kalau raya biasalah kan, nak nampak segak, cantik, cun dan sewaktu dengannya. Selain itu, pakaian yang longgar juga memberikan aliran udara yang baik. Kalau ramai orang datang berkunjung ke rumah, tak la baju kita habis lencun dengan peluh. (ps/: kalau rasa baju tu dah nak ketat sikit, berhenti makan dengan segera dan minum air putih banyak-banyak, hehe..)
3. Kuatkan semangat. Yang ni ramai yang tak dapat nak tahan. Nampak makanan sedap sikit, nak cuba. Nampak makanan lazat, dah terliur mulut minta diisi. Bagus-bagus dah turun berat badan semasa puasa, tiba-tiba berat naik 2kali ganda berat badan yang hilang. Mesti korang tak nak kan? Jadi beringatlah, kita makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan semata-mata. Jadi bersederhana la bila makan tu okies..

Sekian la tips daripada aku yang tak seberapa ini. Untuk pengetahuan, Bluedianthus bukanlah seorang yang kurus, tapi bukan la seorang yang gemuk juga. Tapi adalah montel-montel sikit..comel kata orang, hoho.. Nak badan idaman macam Beyonce, tapi rasanya tak payahlah sebab dah bersyukur dengan apa yang ada sekarang ni.. Ingat tau, jangan dah terlebih berat badan baru risau macam mana nak kurangkan jarum kilogram yang semakin ke kanan... :)

p/s: Apapun, jangan biarkan Aidilfitri korang terganggu dengan entri ini ye.. :)

Artikel Sebelumnya: Salam Aidilfitri dari Bluedianthus Dot Com

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails