TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Monday, September 6, 2010

Home » , , » Isnin pertama, status Nuffnang di bulan September

Isnin pertama, status Nuffnang di bulan September

Selamat hari Isnin dan semoga masih tabah menjalani ibadah puasa bagi yang beragama Islam. Sudah lama aku tidak mengemaskini blog ini. Untuk pengetahuan korang semua, aku baru saja balik dari Pulau Labuan pukul 1 pagi tadi. Tak larat nak berada di "atas talian", hehe..Apapun, hari ini aku cuma akan kemaskini akaun Nuffnang aku terlebih dahulu. :)


Tidak banyak yang berubah pada Buffered campaign dalam blog ini. Jumlah kempen yang melekat masih lagi sama seperti pada entri Laporan Tertunda Nuffnang Bluedianthus. Syukurlah, earning semakin bertambah. Kalau dah sampai 4 angka baru nak cashout. Berjimat-cermat amalan mulia. 

Selain daripada itu, aku juga akan sedikit sibuk selepas ini, dan aktiviti blogwalking korang akan kurang mendapat balasan kerana aku ada komitmen yang lain untuk dilakukan selain daripada mendapat sedikit kerja daripada pelanggan yang telah pun membayar untuk servis yang aku tawarkan. Kerja sudah pun siap 60%. Semoga dapat siapkan pada waktu yang ditetapkan. Mudah-mudahan.

RM383.00 yang bermakna

p/s: Tak lama raya...berhati-hati di jalan raya okies...


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails