TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Monday, September 20, 2010

Home » , » Isnin, Nuffnang dan Rezeki Review

Isnin, Nuffnang dan Rezeki Review

Selamat kembali bersekolah kepada adik-adik yang mula bersekolah pada hari ini. Dan semoga berjaya menjawab peperiksaan dengan jayanya kepada adik-adik yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada hari esok. Semoga segala apa yang telah dipelajari selama 6 tahun ini akan dapat diterjemahkan dengan baik di atas kertas. Bagi yang bekerja, selamat bekerja aku ucapkan. Tak kira apa yang jenis pekerjaan yang korang lakukan asalkan halal, ianya satu pekerjaan yang mulia. Seperti biasa aku akan mengemaskini akaun Nuffnang pada hari Isnin ini secara ringkas.


Pada bahagian Buffered Earning, ada 2 lagi kempen yang masih berjalan. Terima kasih kepada pihak pengiklan yang sudi membeli sejumlah pelawat unik di dalam blog ini. Terima kasih juga kepada Nuffnang kerana masih sudi meletakkan blog ini untuk menerima iklan yang cun melecun. Pemilik blog Bluedianthus ini akan cuba untuk memberikan perkongsian yang bermanfaat kepada pembaca blog ini.
Buffered earning yang menjadi tulang belakang blog ini

Selain daripada itu, aku juga mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memilih Bluedianthus Dot Com sebagai tempat untuk mempromosikan blog ataupun produk mereka. Terutama sekali kepada pemilik blog Coretan Perantau yang telah sudi beriklan selama 5 bulan di blog ini. Semoga sedikit sebanyak membantu menaikkan trafik dan memberi exposure yang lebih kepada blog beliau. 

Akhir sekali aku juga dengan perasaan rendah diri mengucapkan terima kasih kepada pemilik blog Julmazli Dot Com kerana telah memberikan aku duit raya sebagai pemenang pertama cabaran review di blog beliau. Tahniah juga kepada semua pemenang dan peserta yang bertanding. Sesiapa yang terlepas pandang review yang aku buat bolehlah baca artikel yang bertajuk [Review Khas] Satu lagi blog yang patut dilawati. :)
RM100.00 yang bermakna..

Aku harapkan semoga korang juga masyuk-masyuk belaka. Aku tahu, ramai otai diam-diam ubi berisi, senyap-senyap income laju berdesup. Aku tumpang gembira. Berblogginglah dengan gembira, duit akan datang sendiri. Jangan lupa juga untuk bersedekah setakat yang kita mampu kepada yang memerlukan. Bersedekah tak payah dicanangkan, cukuplah sekadar tangan kanan memberi, tangan kiri tak tahu. :)

p/s: Blogging means sharing, and sharing means you're writing in your own way to give something to people, to educate people and to give information they need. (Speaking kejap..hehe..)


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails