TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Tuesday, September 21, 2010

Home » » Dunia blogging dan wang dollar?

Dunia blogging dan wang dollar?

Apabila memperkatakan tentang mata wang dollar Amerika, aku tidak pernah terfikir akan dapat berjual beli menggunakan mata wang ini. Kini ianya bukan satu bayangan lagi bagi aku tetapi merupakan satu realiti. Internet ini banyak cara untuk kita mendapatkan wang sampingan contohnya seperti program PTC yang hanya memerlukan klik. Begitu juga dengan dunia blog yang telah memberikan aku wang dollar walaupun setiap kali dibayar dalam jumlah yang sedikit.
 

$1.15 yang bermakna.

Dunia "make money blogging" adalah besifat santai dan bersahaja, di mana dengan blogging tidak mungkin kita akan mendapat pendapatan dalam jangka masa yang singkat. Ianya memerlukan komitmen dan kesabaran. Mungkin sekiranya blog yang dibangunkan berbentuk personal dan menggunakan medium Bahasa Melayu, capaian blog itu untuk dipromosikan agak terhad. Menulis blog yang spesifik untuk satu-satu niche blog adalah sangat-sangat diutamakan dan yang paling penting, ianya dalam Bahasa Inggeris! Ya, bahasa ilmu orang kata. Bukan mengagung-agungkan bahasa Inggeris tetapi secara logik, pasaran dan capaian akan lebih luas kerana rata-rata negara di dunia ini menjadikan bahasa Inggeris sebagai medium komunikasi antarabangsa.

Aku bukanlah arif sangat tentang buat duit melalui blogging ini,(belum masuk Seminar Smart Blogging  saudara Rohaizad lagi, huhu..). Tetapi aku tidak mahu menunggu dan hanya melihat kejayaan orang lain. Jadi,  lebih baik aku melakukan proses try and error dalam usaha aku meraih wang dollar dari dunia blogging. Nak cari orang yang betul-betul nak jadi blogger kental ni susah (aku baru sedar.) Lebih-lebih lagi kalau di Sabah ni, pendedahan masih "kabur". Jujur aku katakan, rata-rata orang masih lagi suka "ditipu" dengan janji-janji manis. Duduk diam dapat duit la, diam-diam di rumah tak payah buat apa-apa income masyuk la. Hmm...program apa tu ya? Sendiri mau ingatlah kan. Tapi ada program yang akan memberikan wang kepada blogger yang duduk diam (update blog) je. Tapi rasanya aku masih jauh ketinggalan untuk ke tahap itu.

Nasihat aku kepada korang yang mungkin mahu menjadikan blog sebagai sumber untuk korang menjana wang dollar, aku sarankan untuk:
1. Memiliki domain dan hosting sendiri (unlimited addon domain digalakkan) - kalau platform Blogspot macam blog Bluedianthus ini, rasanya kurang dipandang (mungkin no chance  langsung)
2. Memiliki akaun Paypal yang verified untuk tujuan pembayaran
3. Blog yang dibangunkan mempunyai demand di pasaran antarabangsa dan semestinya dalam Bahasa Inggeris
Ini semua aku belajar daripada cikgu secara tidak langsung aku, pro-blogger Rohaizad. Kalau nak berguru dengan beliau, rajin-rajinlah mencari ilmu di blog beliau. Oppss..jangan lupakan Bluedianthus Dot Com pula okies.

Apapun, dunia blogging hanyalah satu daripada cara kita untuk menjana pendapatan. Terdapat banyak lagi cara untuk meraih wang sampingan dan tidak terhad kepada matawang dollar sahaja. Ringgit Malaysia pun masyuk juga kan. Nantikan satu review daripada aku mengenai 31 Teknik menjana wang secara online. Tidak ada lagi alasan untuk tidak dapat menjana wang online setelah membaca teknik-teknik yang ada di dalam panduan ini. Percayalah..(baca dalam nada nyanyian Datuk Siti Nurhaliza..)

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails