TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Friday, September 17, 2010

Home » » Bluedianthus Dot Com sedang dikemaskini

Bluedianthus Dot Com sedang dikemaskini

Blog Bluedianthus Dot Com akan mengalami sedikit pengemaskinian. Seperti mana yang korang lihat pada bahagian tab menu, ada banyak link yang masih dalam proses kemaskini. Sekiranya terdapat sebarang kesulitan semasa korang melihat-lihat dan membaca entri yang ada, aku minta maaf di atas kekurangan blog yang tak seberapa ini. Aku budak baru belajar ba (slang Sabahan ni..hehe..).


Banyak lagi proses kemasini yang akan dibuat ke atas blog Bluedianthus ini. Kalau ada sebarang komen yang ingin korang berikan bolehlah kongsikan di ruangan komen. Mungkin idea dan pandangan korang dapat meningkatkan lagi nilai blog ini di mata pembaca. Aku juga baru saja meletakkan aplikasi Feedburner di sebelah kanan blog ini untuk memudahkan korang menerima entri terbaru yang akan diterbitkan di dalam blog ini terus ke email korang.
Aplikasi Feedburner yang mesra-pengguna.

Buat masa sekarang ini, blog ini telah pun mempunyai seramai 458 orang subscribers dan aku ucapkan berbanyak terima kasih kerana menjadi subscriber blog yang masih baru dan mentah dalam dunia blogging ini. Terima kasih juga kepada "silent reader" aku yang selalu memberikan pendapat dan pandangan mengenai blog ini tidak kira melalui email, Facebook dan juga Yahoo Messenger. Segala idea bernas dihargai, segala teguran diingati. 

Selamat berhujung minggu aku ucapkan kepada semua. Berhati-hati di jalan raya, ingatlah orang tersayang. :)

Artikel Sebelumnya: Malaysia oh tanah airku..

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails