TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Wednesday, September 29, 2010

Home » , » Akaun Google Adsense semakin susah nak dapat?

Akaun Google Adsense semakin susah nak dapat?

Waktu tengahari Rabu ini aku rasa sedikit letih dan rasa macam nak demam pun ada. Mungkin dah lama tak jatuh sakit kan. Jatuh sakit bermaksud badan memberi kita petanda bahawa tubuh kita memerlukan rehat yang lebih. Aku minta maaf jika aku terlepas pandang untuk membalas sapaan korang di shoutbox. Apapun, aku amat menghargai kunjungan korang di blog ini. Terima kasih, terima kasih dan terima kasih aku ucapkan...

Meninjau-ninjau thread di WangCyber, aku lihat banyak membincangkan hal mengenai akaun Google Adsense yang semakin susah dan ketat syarat permohonannya. Apa yang lebih menakutkan lagi adalah sudah banyak akaun yang telah di"bekukan" (banned). Selain itu, banyak juga permohonan baru yang ditolak. Kita tidak tahu bagaimana sistem yang digunakan oleh pihak Google untuk di"ban". Kadang-kadang blog atau laman web yang hanya menggunakan fungsi SEO sekalipun ada yang telah di"ban".

Nasihat aku bagi yang baru mula menceburkan diri dalam Adsense ini, ikutlah landasan yang betul. Guna cara "white hat" kata orang. Kalau dah expert tu, boleh la guna cara "grey hat" atau "blackhat" tapi risiko kenalah tanggung sendiri. Sistem Google memang sudah datang musim untuk  Fraud click sangat-sangat pantang bagi Google. Jadi janganlah cuba-cuba nak buat penipuan dalam menjana klik. Fenomena "sila klik iklan saya, saya dah klik iklan anda" akan mudah dilihat pada blog yang mempunyai shoutbox. Itulah sebabnya jarang kita akan dapati problogger yang meletakkan shoutbox ini. Kliklah apabila anda benar-benar berminat dengan iklan yang dipaparkan.

Tadi aku baru sahaja melihat akaun Adsense aku, dan syukur ada $1.13 hasil daripada 2 klik daripada blog aku yang sudah 2 minggu tak dikemaskini.  2 klik ini juga terhasil selepas 16 kali page impression. Mungkin ianya tidaklah sebanyak mana tetapi rasa gembira dengan pencapaian blog yang baru dibuat 3 bulan. Betullah kata problogger Rohaizad, kalau nak bangunkan blog, buatlah blog yang bersifat malar segar a.k.a evergreen sepanjang masa. Kerana maklumat ini akan sentiasa dicari dan diperlukan. Lepas ini, mungkin akan kemaskini blog ini.

Oh ya, bagi sesiapa yang ingin memohon akaun Adsense, bolehlah melihat senarai website apply akaun adsense yang ditulis oleh saudara Hassiadi di blognya. Semoga membantu.

p/s: Sayangi akaun Adsense yang ada sekarang..


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails