TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Monday, August 30, 2010

Home » , , » Tempahan biskut raya di Hannan Homemade Cakes dibuka!

Tempahan biskut raya di Hannan Homemade Cakes dibuka!

Tinggal beberapa jam saja lagi untuk masa berbuka puasa. Kalau kat Sabah ni, 6 setengah dah masuk waktu berbuka. Apapun, semoga puasa korang berjalan dengan lancar hari ini. Kuatkan semangat ye. Kek kat yang ditunjukkan kat sebelah ni bukan berniat nak membuatkan korang terliur tetatpi adalah pembuka cerita bagi entri kali ini. :)


Hannan Homemade Cakes kini membuka tempahan biskut untuk raya tahun ini. Bagi mereka yang sibuk dengan komitmen terhadap kerjaya, terutamanya wanita bekeluarga yang mempunyai kerjaya, korang boleh saja menempah biskut raya terus daripada mereka. 

Biskut raya yang paling istimewa daripada Hannan Homemade Cakes ini sudah tentunya Biskut Raya Oreo yang merupakan produk terbaru untuk bulan Ogos ini. Memang seiring dengan kepakaran mereka dalam membuat biskut yang berasaskan Oreo dan Cornflakes. Biskut ini adalah ciptaan mereka sendiri selain beberapa biskut yang lain seperti Biskut Raya Sarang Semut dan Biskut Raya Dam. Untuk raya tahun ini, tempahan biskut raya diterima untuk kawasan Subang dan Shah Alam. Jadi sesiapa yang tinggal berdekatan dengan kawasan ini bolehlah menghubungi pihak Hannan Homemade Cakes ini dengan segera. Raya pun tak lama lagi, dan mereka juga memerlukan masa untuk berehat dari menjalankan perniagaan mereka. Jadi, cepat-cepatlah buat tempahan ye.. :) 

Kenapa perlu membeli daripada Hannan Homemade Cakes?
 1. Mereka menggunakan bahan segar bermutu, suci dan halal. 
 2. Menyediakan dekorasi kek  mengikut rekabentuk  pelanggan dan harganya, berpatutan. Maksudnya, rekabentuk kek itu berbentuk personalization. Bestkan dapat kek idaman sendiri
 3. Menyediakan penghantaran kek ke rumah di sekitar kawasan lembah klang. Tak payah nak ke kedai, pilih-pilih kek, bayar dan kemudian balik ke rumah. Jimat  petrol. :)
 4. Menerima tempahan kek. Aku rasa kalau raya pertama best juga kalau ada kek. Istimewalah sikit sebab raya pertama hanya untuk keluarga terdekat je.
Kepada yang berminat untuk menempah biskut raya ini secara online, bolehlah pergi ke bahagian Pembelian Secara Online Hannan Homemade Cakes. Di sana korang akan mendapat semua maklumat yang korang perlukan. Kalau ada sebarang kemusykilan, klik saja pada bahagian "Hubungi Kami" ataupun lihat saja nombor telefon pada header laman web mereka. Rasanya hubungi melalui nombor telefon yang diberikan lebih cepat respon yang akan korang dapat. 




Klik untuk ke Hannan Homemade Cakes

p/s: Aku suka makan kuih batang buruk..makin makan makin ketagih..hehe..

Artikel Sebelumnya: Blogger yang terkentut



ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails