TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Sunday, August 8, 2010

Home » » Situ Sini PC Fair 1Borneo Kota Kinabalu

Situ Sini PC Fair 1Borneo Kota Kinabalu

Lama tidak mengemaskini entri. Minta maaf dunia blogging, aku sibuk dengan dunia nyata..hehe..Hari terakhir PC Fair adalah hari yang paling best sebab dapat tengok banyak promosi clearance sales. Aku dan 3 orang adik kesayangan aku sempat meluangkan masa ke sana. Tidak banyak item yang dibeli. Hanya 2 set mouse, 2 set headphone dan 2 set modulator. Tujuan kami ke sana sebenarnya hanya untuk mencuci mata dan membeli barang-barang keperluan adik aku yang akan balik ke maktab perguruan selepas itu. Tak banyak nak cakap, jom layan gambar-gambar yang ada. Maaf la, gambar ambil dari handphone, tak clear. :)


Pintu masuk utama ke PC Fair 2010, kami sampai dalam pukul 8 malam



Ambil gambar bersama adik-adik kejap



Tak sempat ambil gambar semasa meronda sekitar PC Fair, padat sangat dengan manusia. Jadi ambil gambar lepas keluar je la..hehe



Suka tengok adik-adik Bluedianthus yang comel..hehe..:)



Masa untuk membeli barangan adik yang pakai sweater tu.. :)



Adik aku yang seorang ni memang peminat tegar warna hijau..



Masa nak bayar, jumpa budak perempuan comel..kecil-kecil dah bertudung..suka tengok.. :)



Ini pula kakak kepada adik comel kat atas tu..cutenyaaa...

Aktiviti ditamatkan dengan tugas aku sebagai kakak, menghantar adik-adik aku ke Maktab Perguruan Gaya, dan seorang lagi ke hostel Universiti Malaysia Sabah. Mujurlah ada adik bongsu aku menemani aku balik ke rumah. Jam 11.30malam sampai rumah. Kemudian entri ini diterbitkan dalam blog ini dalam kategori keluarga. Sekian terima kasih..hehe..

p/s: Kredit kepada adik aku, Farahhannie yang rajin mengambil gambar di sana-sini..Entri kenangan untuk Bluedianthus adalah bersama dengan ahli keluarga. I love you all my younger sisters. 

Artikel Sebelumnya: Masa di mata seorang Blogger

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails