TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Tuesday, August 3, 2010

Home » , , » Ringkasan perkembangan Nuffnang bulan Julai

Ringkasan perkembangan Nuffnang bulan Julai

Penangan entri "Blogger Yang Tersepit" memang sesuatu yang dijangkakan. Hingga kini, aku masih lagi berlegar-legar membaca entri blogger yang menerbitkan tajuk entri yang sama. Tetapi bila korang membaca entri tersebut, memang unik. Tidak ada langsung sebarang plagiat yang muncul. Berpadanan dengan tema, "Creative and Happy", aku rasa hasrat Rohaizad Dot Com sudah tercapai. Tahniah diucapkan kerana mampu menyatukan para blogger dengan hanya menggunakan satu entri. Bak kata tagline Nokia: Connecting People.. Apapun, sekiranya korang tak nak tersepit dan tertanya-tanya apakah kandungan entri setiap blogger yang mengambil bahagian, bolehlah membaca 28 tajuk entri yang sama tetapi penceritaan yang berbeza tersebut..:)


Hari ini aku akan mengemaskini akaun Nuffnang aku, kelmarin special case. :) Entri ini sebenarnya hanya untuk tatapan peribadi sebab nak tengok perkembangan dan prestasi blog ini. Tapi kalau korang nak baca pun tak kisah juga. Mungkin ada yang tidak senang untuk melihat laporan kewangan perkembangan iklan Nuffnang. Sepanjang bulan lalu, tidak banyak keywords yang membantu blog ini berada pada kedudukan yang baik dalam Google Search. Cuma sedikit gembira apabila keyword "bluedianthus" juga termasuk dalam carian.

Trafik juga tidak ada apa yang istimewa, tapi tetap bersyukur kerana masih juga mendapat trafik hasil bantuan kata kunci yang ada. Dalam sebulan, tidak sampai 5000 orang yang datang melawat blog ini. Purata yang melawat blog ini masih mampu mencecah 100++ sehari. 



Perkembangan terbaru mengenai buffered earning, ada 6 buffered campaign masih berjalan. Walau bagaimanapun, buffered ke-12 sudah tidak pernah muncul lagi di blog ini. Tak mengapa, tunggu sajalah statusnya untuk menjadi metered earning kan. Selain daripada tu, Bluedianthus juga telah menerima Cek Kedua Nuffnang pada bulan lalu.
Buffered campaign yang bermakna

Tanpa aku sedari, dengan peningkatan buffered campaign yang hadir di blog ini membuatkan aku rajin mengemaskini entri. Bukan apa, orang berbudi kita berbahasa kan. Pihak Nuffnang bagi kepercayaan kepada blog kita, kita pun perlulah tunjukkan blog kita tu memang boleh memberikan exposure yang lebih bagi iklan yang diletakkan di blog kita. Kempen ke-19 sangat-sangat menarik perhatian Bluedianthus kerana designnya yang cantik. Terutama gambar tangan tu.. Tertanya-tanya siapakah designernya..:)

Artikel Sebelumnya: Blogger yang tersepit

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails