TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Thursday, August 26, 2010

Home » , » [Review Khas] Satu lagi blog yang patut dilawati

[Review Khas] Satu lagi blog yang patut dilawati

Apabila memperkatakan tentang penjimatan, kita hanya terbayangkan untuk menjimatkan duit. Padahal penggunaan perkataan penjimatan ini sangat luas konteks dan maknanya serta penggunaannya. Penjimatan boleh juga digunakan untuk masa dan tenaga. Tidak lama lagi raya akan menjelang dan ramai yang melakukan satu kesalahan tanpa mereka sedari. Ya, mereka lupa untuk berjimat masa, wang dan juga tenaga.

Seorang lagi blogger yang juga seorang usahawan Internet, mengambil inisiatif untuk membina sebuah blog atas dasar ingin berkongsi dengan para blogger yang lain dan juga pembaca sekalian seperti aku. Julmazli Dot Com, seorang yang aku kenali semasa menjadi subscribernya untuk salah satu ebooknya yang bertajuk Keajaiban Penjimatan. Aku sangat bangga dengan pencapaian beliau dalam usaha bergelar seorang usahawan Internet yang berjaya. Sabah boleh! Malaysia Boleh! Ini bukan pilih kasih kerana aku adalah anak watan Sabah juga seperti beliau, tetapi melihat kepada kredibiliti blognya saja sudah mampu membuktikan betapa beliau sememangnya seorang yang sentiasa berusaha untuk memajukan diri.:)

Bagi aku, keunikan blog ini terletak pada tagline blog tersebut, "Di Mana Dunia Online dan Offline Bertemu". Dunia online tidak akan lengkap tanpa dunia offline dan begitu juga sebaliknya. Kini kedua elemen ini saling berkaitan di antara satu sama lain. Jikalau tidak, masakan aku dapat mengenali beliau kan. Bila aku membaca biodatanya, cukup ringkas dan gaya bahasanya juga sangat merendah diri. Padahal sudah menerbitkan sebuah Ebook yang sememangnya dapat membantu menyelesaikan masalah orang lain.

Pengisian blog saudara Julmazli ini juga meliputi pelbagai aspek, dan salah satu yang menarik perhatian aku ialah pada bahagian motivasi dan pembangunan diri. Aku yang sememangnya gemar dan suka dengan artikel yang berbentuk suntikan semangat. Aku juga suka membaca perkongsian yang diberikannya yang berkaitan dengan ilmu keusahawanan Internet. Blog beliau akan aku letak sebagai sumber rujukan aku di blog ini.

Sebenarnya artikel ini khas aku tulis untuk menyahut cabaran review di blog beliau. Aku baru saja mengetahui pertandingan ini beberapa hari yang lalu. Syukur aku masih sempat menyiapkan entri yang tidak seberapa ini. Hadiah yang ditawarkan beliau agak lumayan juga. Tetapi bukan itu fokus utama aku. Yang penting, blog ini adalah satu lagi blog yang wajib korang layari untuk mendapatkan ilmu perniagaan online dan juga nasihat berkenaan pelbagai aspek. Semoga pemilik blog ini akan terus maju dalam dunia blogging. Mudah-mudahan.

p/s: HIDUP SEORANG BLOGGER memang best. :)
Artikel Sebelumnya: Kedai online sendiri pada harga mampu milik!

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails