TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Tuesday, August 10, 2010

Home » » Rahsia 24 jam terbongkar

Rahsia 24 jam terbongkar

Hari ini pengumuman untuk tarikh berpuasa akan dilakukan oleh Majlis Raja-Raja Melayu. Aku tumpang teruja untuk korang yang akan berpuasa tak lama lagi. Semoga bertambahlah amalan mulia di bulan yang mulia ini juga. Baiklah, hari ini aku akan memberi satu review mengenai satu lagi produk usahawan tempatan iaitu Rahsia 24Jam. Hari ini juga (10 Ogos) merupakan hari terakhir untuk mendapatkan preview audio ini secara percuma. Baik hati sungguh saudara Firdaus Latib ni. :)

Bagi aku, pemberian secara percuma tidak lagi relevan pada masa kini. Bukan kata kedekut ilmu, tapi pemberian percuma jarang dihargai. Aku tahu betapa sukarnya mencari idea untuk menulis sesuatu. Menulis juga bukan sekadar "syok sendiri". Penulisan yang baik bagaikan  penulisan kita itu sedang menerangkan sesuatu dengan terperinci kepada mereka yang membaca. Apatah lagi bila menghasilkan produk digital lain seperti audio dan video. Tentu memakan banyak masa untuk menghasilkannya.  


Raja Kamil ialah nama yang tidak asing lagi dalam dunia keusahawanan Internet. Beliau juga adalah merupakan seorang moderator kepada forum usahawan WangCyber. Setakat ini, aku sudah membeli beberapa produk daripada beliau dan salah satu daripada produk kegemaran aku ialah produk AKU SEORANG BLOGGER. Baru-baru ini, beliau telah berjaya mengumpul wang sehingga 4 angka dalam masa 24 jam sahaja iaiatu melalui kaedah affiliate. Satu cara yang paling pantas untuk bermula bagi mereka yang tiada produk ialah dengan menyertai affiliate. Tak tahu apa itu affiliate? Kalau tak tahu bolehlah baca ebook Rahsia Affiliate Terbongkar.

Audio Rahsia 24 Jam ini mengandungi 11 modul dengan masa rakaman lebih kurang 90 minit. Ianya dimulakan dengan pengenalan kepada Rahsia 24jam sehinggalah kepada Rahsia 24 Jam Finale. Sebenarnya, tidak perlu aku menulis panjang lebar kerana semua perkara yang korang nak tahu ada di laman web Rahsia 24 Jam tersebut. Lihat saja testimoni yang diberikan. Ianya dijual dengan harga RM70 di pasaran. Dan hari ini adalah hari terakhir preview audio ini diedarkan secara percuma. Sesiapa yang nak ilmu yang baru, bolehlah mendengar audio tersebut. Lunak je suara Raja Kamil tu..hehe..

p/s: Mungkin juga ini salah satu peluang untuk korang mencari duit poket untuk raya nanti.. :)

Artikel Sebelumnya: Ceriakan harimu selalu Blogger

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails